SUDAH lama tidak bertemu, pelakon Hafidz Roshdi meluahkan rasa rindu terhadap dua cahaya matanya iaitu Humairah dan Umar sempena ulang tahun kelahiran mereka. Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 31, menitipkan ucapan istimewa buat anak-anak dan berharap pesanan mesej yang dikirimkan itu dibaca oleh mereka. Kata Hafidz, dia berharap Humairah dan Umar berada dalam keadaan baik dan gembira dengan kiriman ucapan diberikan. Hafidz mengirimkan mesej ucapan hari lahir buat anak-anak. "Salam Humairah dan Umar, ni abah (Hafidz). Abah rindu sangat-sangat harap kita dapat jumpa satu hari nanti."Selamat hari lahir Humairah dan Umar. Harap Humairah baca dan gembira."Moga baik-baik untuk Humairah dan Umar. Abah sayang korang," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Simpati dengan bekas suami, Nurul Shuhada yakin ada pihak cuba pengaruh Hafidz RoshdiARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri minta Hafidz Roshdi datang Australia jumpa anak, pesan selesaikan tunggakan nafkahHafidz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Selasa. Dalam hantaran lain, pelakon drama Ku Punya Hati ini turut memuat naik foto bersama anak-anaknya itu. "Hari ini genap usia mereka 8 tahun dan 5 tahun," tulisnya. Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016 dan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023.Hafidz (kiri) kini mempunyai cahaya mata perempuan bersama Athira.Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 8, dan Umar yang kini berusia 5 tahun. Selepas bercerai, Shuhada memaklumkan dia bersama dua anaknya sudah berhijrah ke Melbourne, Australia difahamkan untuk menyambung pengajian di sebuah institusi pendidikan. Hafidz kemudian kembali mendirikan rumah tangga dengan Athira Yuhada pada 15 Disember 2023 dan mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube