PENGANJURAN konsert Dasawarsa yang berlangsung di The Theatre Mediacorp, Singapura pada 31 Oktober lalu menjadi detik bersejarah buat Floor 88 kerana pertama kali mengadakan konsert solo kumpulan itu selepas 10 tahun aktif dalam industri muzik.Bukan sekadar sebuah persembahan menghiburkan peminat, konsert ini juga menjadi bukti ketabahan, persahabatan, pengorbanan dan semangat untuk terus bertahan. Persembahan pada malam berkenaan dimulakan dengan rangkaian lagu-lagu popular mereka seperti Aqilah, Chikadun dan 24434.Floor 88 menghiburkan peminat dengan lagu-lagu popular mereka. Melengkapkan konsert, Floor 88 turut menyampaikan lagu-lagu yang menjadi kegilaan peminat seperti Bukan Milikku, Cincin, Yang Benar, Roadblock Hatiku, Zalikha dan Hutang.Bukan itu sahaja, kumpulan ini juga menyentuh emosi 1,500 penonton menerusi lagu Sahabat di hujung konsert sebagai tanda hubungan akrab setiap anggota.Istimewa pada acara berkenaan, Floor 88 turut menampilkan pelakon Joey Daud yang sebelum ini juga aktif bergelar penyanyi.ARTIKEL BERKAITAN: “Seolah-olah pihak itu nak lari“ - Floor 88 hilang sabar! Bakal ambil tindakan tegas penganjur acara tangguh baki bayaran ARTIKEL BERKAITAN: Floor 88 tidak pernah tolak 'show' kerajaan, hanya elak tawaran sensitifPentas berkenaan menjadi medan kemunculan Joey dalam sebuah acara konsert selepas lebih 20 tahun.Sepanjang persembahan berlangsung, sorakan dan tepukan penonton menjadi semangat buat Floor 88 sekali gus membuktikan nama mereka terus mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat.Joey juga tampil membuat persembahan di konsert Dasawarsa. Secara keseluruhan, konsert berkenaan memberi satu kepuasan dan pengalaman yang cukup bermakna buat peminat Floor 88.Tidak hanya itu, penganjuran ini juga adalah satu tanda Floor 88 yang dianggotai oleh Ayie selaku vokalis, Achoi (gitar), Amir (gitar), Falique (bes), Eric Fuzi (keyboard) dan Akram (dram) akan terus berjuang mempertaruhkan karya mereka.