suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pempengaruh Nashkay akui populariti media sosial bukan jaminan berjaya dalam nyanyian

PEMPENGARUH media sosial, Nashkay tidak menolak peluang menerokai bidang muzik apabila tampil dengan single terbaharu berjudul Rela Lepaskan bersama Aseng AXA Band.

Nashkay atau Siti Nur Nashrah, 33, berkata penglibatannya dalam bidang nyanyian merupakan pengalaman baharu yang membuka ruang untuk mengembangkan kreativiti di luar dunia digital.

Menurutnya, dia tertarik menerima lagu ciptaan Faez Jantan itu kerana mesej yang disampaikan mempunyai makna tersendiri dan dekat dengan kehidupan setiap individu.

Nashkay tidak menolak peluang meneroka bidang muzik.

“Ketika pertama kali mendengar lagu ini, saya merasakan mesejnya cukup dekat dengan kehidupan. Setiap orang pasti melalui pelbagai perkara yang mengajar kita tentang penerimaan, kekuatan dan bagaimana untuk terus melangkah ke hadapan.

“Sebab itu saya terbuka untuk menerima lagu ini. Bagi saya, muzik merupakan satu medium untuk menyampaikan perasaan yang mungkin sukar diungkapkan dengan kata-kata,” katanya.

Dilancarkan pada Ogos 2026, Rela Lepaskan merupakan karya ciptaan Faez Jantan, manakala susunan muzik dihasilkan oleh Afiq Bruno.

ARTIKEL BERKAITAN: “Waktu saya keluar lagu, semuanya senyap” - Ceddy Ang kecewa rakan artis tak bantu promosi

ARTIKEL BERKAITAN: Agy terbuka terima teguran, minta netizen jangan bersikap kasar

Lagu yang mengangkat tema perpisahan, penerimaan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan itu membawa mesej bahawa melepaskan sesuatu bukan bermakna melupakan, sebaliknya sebahagian daripada proses menerima kenyataan.

Menariknya, mesej lagu berkenaan tidak hanya terikat kepada kisah percintaan, malah boleh ditafsirkan secara lebih luas berdasarkan pengalaman setiap pendengar.

Dalam masa sama, Nashkay melihat populariti di media sosial dan pembinaan kerjaya sebagai penyanyi memerlukan pendekatan berbeza.

Katanya, jumlah pengikut yang ramai tidak semestinya menjamin penerimaan dalam industri muzik kerana kekuatan lagu, kemampuan persembahan dan kesungguhan menghasilkan karya berkualiti tetap menjadi keutamaan.

Nashkay mahu mencari pengalaman baharu dalam dunia hiburan.

“Buat masa sekarang, fokus utama saya masih pada dunia digital dan membina jenama Nashkay. Saya melihat muzik sebagai satu lagi peluang untuk meneroka kreativiti serta menimba pengalaman baharu.

“Dalam masa sama, saya mahu terus mengembangkan apa yang sudah dibina di media sosial, termasuk membuka lebih banyak peluang dalam bidang perniagaan pada masa akan datang,” katanya.

Rela Lepaskan kini boleh didengarkan menerusi platform penstriman digital, manakala muzik videonya boleh ditonton menerusi saluran YouTube Awal Muzik Entertainment.

Artikel Lain