suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Shiha Zikir tolak hadiah mewah sempena ulang tahun ke-39, hanya mahu ibu kembali sihat

PENYANYI Shiha Zikir tidak mengharapkan hadiah mewah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39, sebaliknya hanya mengimpikan ibunya, Rohana Ibrahim, kembali sihat seperti sediakala.

Shiha atau nama Nurshiha Mohd Zikir, 39, berkata kesihatan ibunya menjadi doa dan harapan paling besar buat dirinya pada tahun ini, lebih-lebih lagi selepas Rohana, 68, mengalami masalah kesihatan sejak September lalu.

Menurut Shiha, dia tersentuh menerima ucapan hari lahir daripada orang ramai, namun jauh di sudut hatinya hanya mengharapkan kesembuhan buat insan yang menjadi sumber kekuatan hidupnya itu.

Shiha meluahkan rasa sebak ketika ditemui media. 

“Saya agak sentimental sikit sebab bila orang tanya apa yang saya nak, ramai yang DM ucap selamat hari jadi, saya hanya mahu mak sihat macam biasa sahaja.

“Itulah harapan saya untuk tahun ini. Saya juga berdoa untuk diri sendiri agar menjadi seorang anak yang boleh jaga mak sampai bila-bila. 

“Siapa yang lihat perkongsian ini, saya harap sangat bantu selitkan doa untuk mak supaya sihat macam biasa. Mak adalah sumber kekuatan utama saya,” katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir terkejut keputusan kesihatan ibu, rahsiakan penyakit dihadapi elak diganggu

ARTIKEL BERKAITAN: Hati tak tenang... Shiha Zikir belum sedia kongsi masalah kesihatan ibu

Shiha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran single Teruskanlah yang diadakan di Six In The City, Shah Alam pada petang Selasa. 

Mengulas lanjut mengenai keadaan ibunya, Shiha mengakui dia dan adik-beradik terkesan sebaik dimaklumkan mengenai penyakit yang dihidapi Rohana. 

“Bila doktor beritahu tentang sakit mak, saya memang tak sangka boleh jadi pada ibu sendiri. 

“Situasi ini pun melibatkan mentaliti yang kuat. Jadi bila dapat tahu keputusan daripada doktor, kami adik-beradik memang down. 

“Tapi saya percaya anak-anak juga adalah kekuatan ibu. Kami pun kuat sebab mak,” ujarnya.

Shiha bersama ibunya, Rohana.

Bagaimanapun, Shiha tidak mendedahkan penyakit sebenar yang dihidapi ibunya, sebaliknya bersyukur apabila Rohana masih menunjukkan sikap positif dan tenang dalam menghadapi ujian tersebut. 

Malah, penyanyi lagu Kalam itu menyifatkan sikap positif ibunya menjadi sumber kekuatan buat dia dan keluarga untuk terus tabah berdepan situasi berkenaan.

“Kalau saya boleh jadi (tenang) seperti sekarang, semuanya kerana mak seorang yang sangat positif. 

“Kalau orang tahu keadaan sebenar, mungkin mereka akan terkejut melihat bagaimana mak mampu kekal positif dan kelihatan tenang.

“Saya sendiri tidak tahu, tetapi apa yang pasti, untuk hari jadi tahun ini, saya hanya mahu mak kembali sihat seperti biasa,” katanya.

Artikel Lain