DI SEBALIK wajah ceria dan senyuman menghiburkan peminat, penyanyi Shiha Zikir memberitahu hatinya tidak tenang memikirkan tentang tahap kesihatan ibunya, Rohana Ibrahim.Bagaimanapun, kata Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 38, sokongan penonton memberikan dia semangat untuk meneruskan persembahan di National Symphony Orchestra (NSO) with Aubrey Suwito - Pop Meets Symphony di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam Jumaat. "Terima kasih kepada semua yang hadir dan beri aura sangat positif kepada kami di atas pentas.Perkongsian Shiha di Threads. "Walaupun saya down dan fikiran asyik di rumah memikirkan kesihatan mak, tetapi alhamdulillah atas semangat daripada kalian yang menonton membantu saya untuk terus cuba berikan yang termampu," katanya.Shiha menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Threads miliknya selepas selesai malam persembahan malam pertama konsert berkenaan.Selain Shiha, konsert berkenaan turut menampilkan Syamel dan Ernie Zakri.ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir hilang ‘job‘ akibat hasad dengki, ada pihak cakap buruk ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman hidup menyakitkan, Shiha Zikir pilih 'Mula' bersama Hafizul FaizMenerusi temu bual bersama media, penyanyi ini memberitahu dia belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci masalah kesihatan yang dihidapi ibunya.Menurut Shiha, ibunya kini sedang berehat di rumah dan menunggu keputusan ujian pemeriksaan kedua yang telah dilakukan.Shiha memuat naik video menemani ibu di hospital. Shiha sebelum ini berkongsi video menemani ibunya itu ketika menerima rawatan di sebuah pusat perubatan dan meminta doa terbaik agar diberikan kesembuhan."Walau apa pun sakit yang doktor beritahu, saya mohon sangat anda semua sudikan doakan kesihatan mak."Saya yakin mak kuat dan akan sembuh sepenuhnya tak lama lagi," ujarnya.