suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengalaman hidup menyakitkan, Shiha Zikir pilih 'Mula' bersama Hafizul Faiz

Shiha tampil berani melancarkan lagu Mula.

PENYANYI Shiha Zikir kembali mewarnai industri muzik dengan melancarkan single terbaharunya berjudul Mula duet bersama personaliti media sosial iaitu Hafizul Faiz. 

Lagu bergenre balada moden itu membawa mesej mendalam tentang keberanian untuk bangkit dan melangkah semula dalam kehidupan.

Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 39, idea penghasilan lagu tersebut tercetus daripada fasa sukar yang sering dilalui oleh kebanyakan individu dalam mendepani realiti kehidupan. 

Shiha menampilkan Hafizul dalam karyanya itu. 

Jelas Shiha, ia berbeza dengan lambakan lagu balada lain yang sering mengangkat kisah cinta atau patah hati.

“Lagu ni bukan tentang cinta. Ia tentang hidup. Tentang bagaimana setiap orang pasti pernah melalui pengalaman hidup yang menyakitkan dan ada fasa takut untuk bermula.

"Tapi kadang-kadang, satu langkah kecil itu boleh mengubah seluruh perjalanan hidup kita,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan rezeki abang” - Shiha Zikir ralat tak sempat cipta lagu buat anak sulung Amyza Aznan, projek bersama Adrian pasti jadi

ARTIKEL BERKAITAN: Staf Shiha Zikir lesap tak dapat dihubungi, guna kereta syarikat untuk tujuan peribadi

Sementara itu, Hafizul Faiz pula berharap agar lagu ini dapat menjadi peneman setia dan sumber inspirasi buat mereka yang sedang bergelut untuk mencari kekuatan dalam diri.

“Kadang-kadang orang bukan tak ada impian. Mereka cuma takut untuk bermula. 

"Lagu ini kami hasilkan untuk mereka yang sedang cuba percaya semula pada diri sendiri,” ujarnya.

Untuk info, single Mula sudah dilancarkan di semua platform digital bermula 5 Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain