ISTERI kepada pelakon Aman Graseka iaitu Reena Arina tampil mempertahankan diri selepas didakwa memaksa suaminya yang sedang uzur untuk keluar bekerja.Menjawab dakwaan netizen itu, Reena menjelaskan Aman tidak melakukan kerja berat kerana segala urusan perniagaan yang dijalankan mereka dilakukan olehnya bersama keluarga. Kata Reena lagi, kehadiran suami di tapak perniagaan itu sekadar peneman kerana bimbang keselamatan dirinya yang perlu berniaga sendirian."Saya nak jawab, tapi terlebih dahulu saya minta maaf. Kerja masak itu semua saya, mak dan keluarga yang buat.Perkongsian Reena di TikToknya mengenai kesihatan Aman. "Suami saya semata-mata dia risaukan saya sebab pergi berniaga seorang perempuan sahaja, jadi dia teman saya."Dia tolong buka payung, dia susun makanan. Bukannya kayu balak pun. Sekarang ni tak kira umur berapa pun, kalau Allah nak bagi sakit, sakit juga. Tapi hidup mesti diteruskan, minta maaf kalau ada terasa," katanya menerusi satu hantaran video di TikTok miliknya. Reena menjelaskan mengenai perkara itu selepas menerima komen daripada seorang netizen yang menyarankan agar suaminya itu berehat kerana faktor usia dan masalah kesihatan.Dalam pada itu, Reena memberitahu dia sama sekali tidak pernah berkira untuk keluar mencari rezeki demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama tak jumpa bapa, anak Mas Idayu dapat maklumat Aman Graseka tidak sihatARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa tak cari anak?” - Mas Idayu terkejut Aman Graseka minta bantuan, harap kenang kisah dulu!"Sekarang ini tiada istilah yang bukan masa dia, dah berumur. Abang Aman tak sampai 60 tahun lagi tapi diuji sebab dia ada kencing manis."Tapi tak apa, saya sanggup cari rezeki. Tapi dia risaukan saya, dia teman saya pergi berniaga. Sebab nanti ada orang cakap makan hasil titik peluh bini pula," jelasnya.Dalam masa sama, Reena memaklumkan segala urusan harian termasuk mencari barangan perniagaan seawal pagi dilakukan olehnya sendiri tanpa menyusahkan Aman. Katanya, Aman hanya membantu memandu kenderaan pada waktu pagi untuk ke tempat berniaga sahaja."Saya nak pergi pasar pun pergi seorang sahaja dan tidak kejutkan dia tidur pun.Anak Aman iaitu Dayani luah rasa kesal dan mendakwa bapanya diminta bekerja meskipun sakit. "Cumanya masa berniaga, pagi dia akan memandu untuk berniaga, malam saya yang bawa sebab dia tidak nampak. Dia tak buat kerja apa pun. Kalau kami tak kerja, siapa nak bagi kami makan?" ujarnya.Sebelum ini, Reena berkongsi keadaan Aman yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah selepas mengalami batuk, demam dan sakit kepala, selain disyaki mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.Isu tersebut turut mendapat perhatian anak Aman iaitu Nurul Dayini Ashiqah yang meluahkan rasa tidak puas hati di Threads dengan mendakwa bapanya dipaksa bekerja meskipun sedang sakit teruk.Nurul Dayini ialah anak hasil perkahwinan Aman bersama bekas isterinya yang juga penyanyi iaitu Mas Idayu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!