suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Hilang' bukan sakit... Noorkhiriah hanya nyahaktif Instagram, bakal masuk set filem Yusof Haslam

Noorkhiriah menjawab dakwaan dirinya hilang.

PELAKON Noorkhiriah menafikan khabar angin mendakwa dirinya jatuh sakit atau menghilangkan diri daripada industri seni.

Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 50, sebaliknya menjelaskan tindakannya menyahaktifkan akaun Instagram peribadi dibuat demi memberi tumpuan penuh kepada keluarga dan anak-anak.

“Sebenarnya saya ada sahaja dan tidak ke mana-mana, Alhamdulillah. Cuma pada tahun 2016 semasa berada di hadapan Kaabah, saya pernah berdoa kepada Allah bahawa jika boleh, saya tidak mahu aktif di media sosial.

“Selepas 10 tahun, barulah doa itu termakbul dan akaun saya tidak aktif. Tetapi itulah, apa yang kita doakan Allah makbulkan. Saya bukannya menghilang, saya masih ada.

Noorkhiriah berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Puncanya kerana anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian. Apabila sibuk dengan Instagram, kita boleh jadi leka.

Bukanlah sampai terabai, cuma pada usia sekarang saya mahu memperlahankan sedikit rentak.Namun saya masih berada dalam industri dan terus bekerja sebagai pelakon,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 pada Ahad. 

Menjawab desas-desus mengenai tahap kesihatannya, Noorkhiriah menepis dakwaan kononnya dia sedang berdepan masalah kesihatan kronik.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani & Noorkhiriah ungguli ASA 2026... Rahim Razali dipilih Tokoh Seri Angkasa

ARTIKEL BERKAITAN: Karpet merah ASA 2026 meriah... Kemunculan Noorkhiriah dan busana ‘matcha strawberry’ Nad Zainal paling memukau

“Alhamdulillah saya sihat. Kalaupun saya sakit, tolonglah doakan kerana sebagai sesama Muslim, kita saling mendoakan. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mencari saya sepanjang saya menyahaktifkan Instagram.

“Saya tidak memberikan sebarang maklum balas sebelum ini kerana tidak mahu memburukkan keadaan. 

“Hari ini Allah pertemukan saya kembali dengan semua dan anda boleh lihat sendiri keadaan saya yang sihat, Alhamdulillah,” ujarnya.

Noorkhiriah menjelaskan dia hanya tidak mahu menggunakan media sosial. 

Ditanya sama ada timbul kebimbangan sukar menerima tawaran lakonan akibat tiada platform media sosial, Noorkhiriah berpegang pada prinsip rezeki yang telah ditentukan oleh Allah. 

“Rezeki itu Allah yang pegang dan berikan. Kalau produksi mahu mencari saya, pasti ada jalannya. Apabila satu pintu tertutup, sepuluh pintu lain akan terbuka. Saya tidak pernah memperlahankan kerjaya lakonan, saya masih ada dalam industri.

“Bukan berkurangan, cuma sejak menyahaktifkan Instagram saya mengambil keputusan untuk berehat seketika.

“Insya-Allah, doakan saya akan kembali ke set penggambaran tidak lama lagi untuk sebuah projek filem bersama Datuk Yusof Haslam,” tambahnya.

Artikel Lain