PELAKON Datin Elvina Mohamad meluahkan rasa berang terhadap sikap biadab pembantu rumahnya yang bukan sahaja bersikap 'delusional', malah memfitnah dan menghasut jiran tetangga agar memulaukan anak lelakinya.Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 31, berkata dia turut hilang sabar apabila wanita terbabit turut bersikap batu api selain mengumpat perihal keluarganya dengan rakan-rakan. “Apa yang betul-betul melampaui batas adalah bila saya dapat tahu daripada jiran (ibu kepada kawan anak saya), dia beritahu ibu tersebut supaya jangan bagi anak dia berkawan dengan anak saya kononnya sebab anak saya budak jahat. Mendidih darah saya masa ini.Elvina hilang sabar dengan orang gajinya yang dianggap sebagai biadap. “Sejak mula bekerja, dia selalu jadi 'batu api' suruh saya marahkan anak sendiri. Dia siap fitnah anak saya buat macam-macam perkara yang anak saya tak pernah buat.“Bila saya beritahu mahu semak rakaman CCTV, pembantu rumah jahat ini kata dalam CCTV tak nampak. Tapi bila saya periksa CCTV, jelas nampak segalanya dan anak saya langsung tidak buat apa yang diceritakan,” katanya melalui satu hantaran di Threads.Elvina juga mendedahkan wanita berkenaan hidup dalam dunia khayalan apabila mendakwa dirinya sengaja tidak mahu berdandan kerana bimbang majikan wanita berasa cemburu.ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman awal Elvina Mohamad jadi artis, penerbit dan pengarah dah ada isteri cuba ambil kesempatan - “Nak ajak berlakon tapi kena keluar”ARTIKEL BERKAITAN: Cadangan ubah babak keterlaluan ditolak, Elvina Mohamad batal hasrat kembali berlakon“Masa awal-awal masuk kerja, dia sudah mula cerita buruk pasal majikan lama. Katanya 'madam' cemburu dengan dia sebab 'sir' sukakan dia sampai bagi bonus sebulan gaji. “Sebab itu dia berhenti dan beri alasan tak suka bersiap atau cantik-cantik sebab tak mahu majikan cemburu. Nak tergelak dengar cerita dunia khayalan dia ini. Ilusi sangat. “Belum masuk bab banyak sangat pantang larang. Makan itu tak boleh, pakai ini tak boleh sebab kulit sensitif. Tak boleh pakai kasut nanti ekzema, pakai seluar tak selesa dan kena pakai skirt labuh sahaja,” ujarnya.Kepercayaan yang Elvina berikan kepada orang gajinya turut dikhianati. Bukan itu sahaja, Elvina meluahkan rasa terkilan apabila kepercayaan yang diberikan dikhianati selepas mendapati wanita berkenaan sering memburukkan keluarganya bersama pembantu rumah lain dan pihak ejen.“Bayangkan kita ada seseorang yang bekerja dalam rumah dan kita percayakan mereka dengan keluarga kita, tapi rupanya mereka bercakap buruk fasal anda dan anak-anak di belakang.“Bila kami dapat tahu dan tanya dia, terus keluar drama air mata. Cerita pun mula bertukar dan berpusing-pusing sana sini.“Saya berkongsi perkara ini sebagai amaran berdasarkan pengalaman sendiri supaya keluarga lain berhati-hati dan tidak melalui pengalaman buruk yang sama,” katanya.