suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hari istimewa bertukar pilu, bapa Cik B meninggal dunia pada ulangtahun kelahiran Vida

Bapa Cik B meninggal dunia dalam tidur.

ANAK kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida, Cik B meluahkan rasa sedih selepas menerima berita pemergian bapanya, Mohammad Amin Yasin pada Sabtu.

Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, berkata berita duka itu diterima pada hari ulang tahun kelahiran ibunya yang sepatutnya menjadi hari menggembirakan buat mereka sekeluarga.

Menerusi perkongsian di Threads, Cik B mengakui tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaannya apabila hari istimewa itu bertukar pilu.

“Hari ini (Sabtu), hari jadi Mama dan hari ini juga Cik B dapat berita yang abah dah meninggal dunia.

Vida (kiri) mengesahkan pemergian bapa kandung Cik B.

“Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu apa yang perlu dirasakan. Hari yang sepatutnya dipenuhi kebahagiaan, tetapi sebaliknya saya sedang berduka. Al-Fatihah,” tulisnya.

Sementara itu, Vida mengesahkan berita kematian bekas suaminya itu ketika dihubungi mStar.

Menurut Vida, mereka baru menerima berita berkenaan daripada saudara-mara yang memaklumkan Mohammad Amin meninggal dunia pada pagi Sabtu di Kelantan.

“Kami baharu saja terima berita (kematian) ini daripada saudara, katanya bapa Cik B meninggal dunia pagi tadi di Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B jawab sindiran popular kerana Vida - “Kenapa kena kalau-kalau... boleh tukar mak ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perasaan rindu terhadap bapa kandung, Cik B trauma dengan insan bergelar lelaki

“Kalau ikutkan katanya meninggal dalam tidur, sekarang masih lagi menunggu untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya ringkas.

Untuk rekod, Vida mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Amin pada 2000 sebelum mereka bercerai pada 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata termasuk Cik B dan Eric Zaquan atau lebih dikenali sebagai Kacak.

Bagaimanapun, dua anak sulung mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013.

Artikel Lain