suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cik B jawab sindiran popular kerana Vida - “Kenapa kena kalau-kalau... boleh tukar mak ke?”

Cik B (kiri) dianggap mempunyai kelebihan hanya kerana anak Vida.

DIKENALI kerana ibunya iaitu Datuk Seri Vida, personaliti media sosial yang kini merupakan penyanyi iaitu Cik B tampil membalas komen netizen yang mendakwa dirinya hanya mendapat perhatian kerana berstatus anak kepada usahawan sensasi itu.

Kata Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, kenyataan sedemikian tidak sepatutnya timbul memandangkan hakikat dirinya sememangnya anak kepada figura terkenal itu.

"Netizen kata kalaulah Cik B bukan anak Datuk Seri Vida siapa nak pandang. 

Cik B (kanan) berkongsi luahan di Threads miliknya.

Cik B (kanan) berkongsi luahan di Threads miliknya.

"Tapi hakikatnya Cik B memang anak mama (panggilan Vida) yang hebat, kenapa kena 'kalau-kalau' boleh tukar mak ke?" katanya. 

Cik B berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Selasa. 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat tampil mempertahankan Cik B dan menyifatkan kejayaannya hari ini sebagai rezeki yang telah ditentukan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cik B terima kejutan Lamborghini sempena ulang tahun - “Sebelum ini mama sudah belikan Brabus”

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu banggakan ibu, Cik B tak kejar hadiah juara TTMM2... “Mama boleh je transfer RM30,000”

Bagi mereka, tidak salah untuk memanfaatkan kelebihan dimiliki sejak lahir termasuk mempunyai ibu yang berjaya dalam bidang perniagaan.

"Orang dengki tu Cik B. Biarlah orang kata kita guna kabel pun, dia ibarat macam lif ada kenapa nak susah-susah guna tangga? Dasar dengki. 

"Itu rezeki Cik B. Setiap orang ada rezeki masing-masing yang Allah dah tetapkan," tulis peminat. 

Sebelum ini, terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan populariti Cik B, lebih-lebih lagi selepas dia menyertai program realiti Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2).

Dakwa netizen, Cik B hanya bernasib baik kerana merupakan anak kepada Datuk Seri Vida yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia perniagaan dan industri hiburan tempatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain