suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nourul pertahankan Siti Nurhaliza, minta henti tuduhan tak sokong konsert artis lain

Nourul pertahan Siti Nurhaliza.

SELEPAS nama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza didakwa netizen kononnya tidak memberikan sokongan kepada konsert artis tempatan yang lain, penyanyi Nourul Depp tampil mempertahankan sahabatnya itu.

Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 49, menyelar tuduhan tidak berasas tersebut dan mendedahkan bahawa Siti merupakan seorang yang sangat menyokong rakan industri.

Meskipun jadual kerja Siti padat, Nourul mendedahkan penyanyi itu tetap sudi merakamkan video khas untuk mempromosikan konsertnya sebelum ini. 

Hantaran Nourul di Threads. 

"Tokti (Siti Nurhaliza) ini sibuk yang amat ya jadual dia. Saya yang biasa-biasa ini pun sudah sibuk, apatah lagi dia.

"Tokti sentiasa bagi sokongan. Kalau tidak, dia tidak akan bantu saya tolong rakamkan video untuk konsert saya bila ahli kumpulan saya minta dia buatkan.

"Dia sangat humble dan cantik luar dan dalam," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian 32 tahun akhirnya jadi realiti, Nourul anggap konsert solo pertama sebagai pelaburan berbaloi

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Nourul Depp ada ‘penjaga’, niat jahat pengawal keselamatan terbongkar… Rupanya tinggal di kawasan pembuangan hantu  

Dalam pada itu, Nourul turut meminta netizen agar menghentikan spekulasi negatif tersebut dan memahami situasi Siti yang juga memerlukan ruang privasi untuk dirinya. 

"Cukup-cukuplah kata Tokti tidak bagi sokongan (kepada konsert artis lain). Bagi dia ruang juga untuk diri sendiri.

"Sayang awak Tokti," ujarnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan di media sosial yang mempertikaikan sokongan Siti Nurhaliza terhadap konsert-konsert yang dianjurkan oleh penyanyi tempatan yang lain. 

Siti menepis dakwaan jawab tersebut. 

Susulan itu, Siti Nurhaliza menegaskan dirinya sentiasa menyokong industri muzik tanah air termasuk artis-artis senior yang banyak mewarnai dunia hiburan tempatan.

Menurut Siti, dia sememangnya gemar menghadiri konsert atau persembahan artis yang diminatinya, namun kekangan masa dan komitmen bersama keluarga kadangkala membataskan hasrat tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain