VOKALIS kumpulan Umbrella, Zarul, berbangga apabila dia dan anggota asal kumpulan itu masih mengekalkan hubungan baik meskipun sudah 31 tahun bersama dalam industri muzik.Menurut Zarul atau Zairulkefli Husin, 53, sikap dan kerenah setiap anggota juga tidak banyak berubah walaupun dia pernah mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut suatu ketika dahulu. "Apa yang boleh saya banggakan dengan Umbrella, kami masih lagi lima orang yang asal. Perangai dan sikap masing-masing masih sama, masih boleh bergurau dan ketawa seperti dulu.Zarul dan rakan-rakan tak pernah simpan rasa dengki."Tidak ada bermusuhan atau rasa marah walaupun saya pernah keluar daripada Umbrella sebelum ini," katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Zarul mendedahkan rahsia hubungan kumpulan berkenaan terus utuh sehingga kini adalah kerana mereka tidak mudah berkecil hati antara satu sama lain.Malah, katanya, dia tidak pernah menghalang anggota lain untuk meneruskan perjalanan karier seni walaupun tanpa kehadirannya."Umbrella ada saja buat persembahan tanpa saya. Mereka ada tanya saya nak join atau tidak.ARTIKEL BERKAITAN: Tiada masalah peribadi, Zarul Umbrella jawab punca rakan podcast undur diriARTIKEL BERKAITAN: ‘Spill’ artis sombong dalam penerbangan, Zarul Umbrella pertahan privasi selebriti - “Senyum atau tak, itu hak mereka”"Tapi saya kata saya tak free waktu itu, mereka boleh teruskan dengan Ismi. Jadi mereka teruskan persembahan itu," ujarnya.Tambah Zarul, sikap saling memahami serta memberi ruang antara satu sama lain menjadi kunci kepada keharmonian yang dinikmati mereka sehingga hari ini."Saya pun mahu mempersembahkan lagu sendiri dan menyanyikan lagu Umbrella secara solo. Mereka tidak pernah kisah, malah perkara itu sudah berlaku sejak zaman Gegar Vaganza lagi," kongsinya.Zarul bersama rakan-rakan masih akrab.Mereka juga dijadulkan bakal mengadakan Konsert Seribu Rahmat Umbrella yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 6 Jun nanti.Untuk info, Umbrella memulakan perjalanan seninya pada penghujung tahun 1995 namun Zarul terpaksa menarik diri pada tahun 1998 atas sebab-sebab tertentu.Pun begitu, mereka kembali aktif pada tahun 2011 dengan kehadiran kelima-lima anggota asalnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!