suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cukup-cukuplah guna pelakon tanpa bayaran! Adam Shahz terkilan diminta review produk percuma

Adam luahkan rasa tidak adil tentang bayaran review.

PELAKON Adam Shahz meluahkan rasa kecewa apabila masih terdapat segelintir pemilik perniagaan yang mengharapkan golongan artis membuat promosi produk mereka secara percuma.

Menurut Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 45, situasi itu dianggap tidak adil memandangkan pelakon juga mempunyai komitmen kewangan yang perlu dibayar.

“Cukup-cukuplah gunakan pelakon untuk buat review tanpa bayaran. Kami pun ada mulut nak disuap, ada bil nak dibayar dan ada keperluan untuk dipenuhi.

Adam kecewa selalu ditawarkan review percuma.

“Kalau minta pelakon review, seminima yang boleh. Kalau boleh nak percuma terus, lepas itu gunakan bertahun-tahun,” katanya menerusi hantaran di Thread.

Menurut Adam, dia juga sering dilabel sebagai berkira atau tidak mahu membantu apabila menolak permintaan untuk membuat promosi tanpa bayaran.

“Bila tolak, ada pula yang kata kita berkira dan tidak mahu tolong. Yang saya ini siapa pula nak tolong?” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh tak puas hati Adam Shahz buat reviu percuma, dakwa cuba jadi ‘hero’ ganggu periuk nasi

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah pengikut Instagram kurang 500,000, Adam Shahz berang syarikat produksi pilih bulu

Dalam pada itu, dia juga mendakwa terdapat pemilik perniagaan yang sanggup mengeluarkan wang yang banyak kepada pempengaruh bagi tujuan promosi, namun mengharapkan artis melakukan perkara sama secara percuma.

“Ada peniaga sanggup bayar sampai RM10,000 kepada pempengaruh, tetapi apabila melibatkan pelakon atau artis, minta review percuma pula,” luahnya.

Perkongsian Adam itu mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersetuju setiap bentuk promosi dan khidmat profesional wajar diberikan bayaran setimpal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain