suria

Jumlah pengikut Instagram kurang 500,000, Adam Shahz berang syarikat produksi pilih bulu

Adam kesal tawaran berlakon dinilai dari segi jumlah pengikut.

PELAKON Adam Shahz meluahkan rasa bengang apabila ada syarikat produksi yang masih mementingkan jumlah pengikut di media sosial ketika memberi tawaran kerja. 

Menerusi perkongsian di laman Threads miliknya, Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 44, berkata, dia terlepas mendapat sebuah peluang gara-gara jumlah pengikut yang kurang. 

"Kau nak cari pelakon ke cari follower?

Perkongsian Adam di Threads. 

"Aku nak tengok kalau follower cecah 500,000, lepas itu tak ambil, memang aku dedahkan," katanya. 

Menerusi perkongsian sama, Adam turut memberi gambaran semula perbualannya dengan seorang pengurus produksi yang memberi tawaran berlakon. 

Kata Adam, individu berkenaan memberitahu penerbit mahukan seorang pelakon yang memiliki jumlah pengikut di media sosial melebihi 500,000. 

ARTIKEL BERKITAN: Adam Shahz terima banyak DM wanita mahu kenal, ibu tunggal ajak kahwin selepas dapat petunjuk mimpi 

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Shahz dah hilang sabar, terpaksa bersuara tuntut bayaran... Bagi tempoh tiga bulan

Adam mengakui jumlah pengikutnya adalah sekitar 179,000 dan disebabkan itu dia terlepas peluang berkenaan. 

Hantaran pelakon ini mendapat reaksi pelbagai pihak yang rata-rata kurang bersetuju apabila pihak produksi lebih mengutamakan jumlah pengikut. 

Adam harap bakat pelakon perlu diberi perhatian berbanding jumlah pengikut. 

Dalam salah satu komen balas, Adam akur sekiranya permintaan berdasarkan kriteria sebegitu boleh memberi kesan kepada jumlah tontonan. 

"Mungkin mereka fikir akan beri impak kepada data tontonan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain