suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anzalna seronok anak dah membesar, tak mahu lagi tambah cahaya mata

Anzalna (kiri) tidak merancang untuk menambah cahaya mata.

MELANGKAH ke fasa lebih matang dan tenang, pelakon Anzalna Nasir mengakui dia kini semakin menikmati setiap detik bersama anak-anak yang kian membesar.

Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 38, berkata fasa ini merupakan antara tempoh kegemarannya sebagai seorang ibu kerana kehidupan harian menjadi lebih mudah dan teratur.

Malah, dia kini lebih bebas merancang pelbagai aktiviti bersama keluarga tanpa kekangan seperti ketika anak-anak masih kecil.

Perkongsian Anzalna di Instastory miliknya.

Perkongsian Anzalna di Instastory miliknya.

"Alhamdulillah anak-anak dah besar. Sejujurnya ini adalah fasa kegemaran saya. 

"Dah boleh travel sama-sama, buat macam-macam aktiviti bersama dan menikmati setiap momen tanpa perlu mengejar anak-anak yang masih kecil," katanya. 

Anzalna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna bangga Eidrees jadi imam solat hajat di sekolah, tak sangka sekelas dengan anak Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya tumpang rezeki, Anzalna memang manjakan anak-anak dengan kemewahan

Dalam pada itu, pelakon drama Adam Hawa itu turut berkongsi bahawa keputusan untuk tidak menambah cahaya mata dibuat selepas mempertimbangkan keinginannya untuk memberi tumpuan penuh kepada dua anaknya yang sedang membesar.

Baginya, tempoh ini adalah masa terbaik untuk menghargai setiap perkembangan anak-anak serta menikmati perjalanan membesarkan mereka tanpa tergesa-gesa menambah ahli keluarga.

"Disebabkan itu saya buat keputusan tidak mahu lagi cahaya mata. 

"Saya mahu menikmati percutian dan memori indah bersama mereka (anak-anak)," ujarnya. 

Sebelum itu, Anzalna turut memuat naik hantaran yang memaparkan percutian keluarga mereka sempena sambutan hari lahir anak sulungnya, Eidrees.

Anzalna (tengah) mahu cipta kenangan indah bersama anak-anak.

Anzalna (tengah) mahu cipta kenangan indah bersama anak-anak.

Ujarnya, dia mahu anak-anak memahami bahawa perkara paling penting dalam kehidupan bukanlah harta semata-mata, tetapi kenangan, gelak tawa dan masa berkualiti yang diluangkan bersama keluarga.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 7, dan Mohamad Emirhan, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain