PENYANYI Adira Suhaimi memberikan sokongan penuh terhadap anak sulungnya iaitu Anggrek yang memasang impian untuk bergelar seorang anak seni.Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35, bagaimanapun menegaskan dia akan mengutamakan aspek pendidikan terlebih dahulu meskipun anaknya itu sudah bergelar seorang artis. "Saya nak jadi mak yang sentiasa sokong apa minat anak, apa dia nak jadi. Tapi macam mana pun pembelajaran itu tetap nombor satu, saya tidak akan biarkan dia abaikan belajar.Adira tidak mahu mengawal kehendak Anggrek. "Macam manapun habiskan belajar dulu dan bila sudah boleh buat keputusan sendiri dia nak jadi apa, saya akan sokong sahaja insya-Allah," katanya kepada mStar. Adira turut memberi bayangan bahawa anaknya itu sudah mula menerima tawaran untuk berkolaborasi dengan artis tempatan. "Doakanlah Anggrek. Kalau saya cakap ada... cepat sangat pula saya bagi tahu kan? ARTIKEL BERKAITAN: Juri guna 'golden card' dan imuniti penaja... Anggrek, Azeva terselamat TTMM2ARTIKEL BERKAITAN: Anggrek makin menyerlah, Adira terbuka jika Mimi Fly ajak anak duet"Insya-Allah ada, doakan yang terbaik untuk Anggrek supaya dia boleh melaluilah fasa-fasa dalam Talk To My Manager ini. Ini baru sahaja permulaan untuk dunia yang sebenar selepas ini," jelasnya.Ditanya mengenai perancangannya untuk tampil berduet atau bekerjasama dengan Anggrek, Adira menganggap kebolehan anak perempuannya itu jauh berbeza dengan dirinya.Kata Adira, dia merasakan Anggrek lebih sesuai digandingkan dengan penyanyi lain yang mempunyai bakat tarian. Adira akan berikan yang terbaik buat anak sulungnya itu. "Mungkin bukan sayalah. Saya sebenarnya belum saya tak boleh buat macam Anggrek buat. "Saya mungkin ada suara tapi saya tak boleh menari sebagus Anggrek dan saya rasa pasangan nyanyian duet dia orang lain, bukan saya," ujarnya.Untuk rekod, Anggrek merupakan anak sulung hasil perkahwinan Adira bersama bekas suaminya, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!