BAKAT peserta program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Anggrek semakin mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi selepas tampil berduet bersama penyanyi, Mimi Fly.Susulan itu, penyanyi Adira Suhaimi, 35, tidak menolak sekiranya anaknya itu diberi peluang berkolaborasi dalam karya baharu pada masa akan datang. "Sudah tentu saya sangat terbuka untuk itu. Insya-Allah, minta-mintalah Mimi Fly panggil berduet. Persembahan Anggrek dan Mimi jadi perhatian ramai."Kalau Mimi Fly memang saya akan terus terima,” katanya kepada mStar.Dalam masa sama, Adira berkata dia tidak berniat untuk ‘mencaras’ peluang anaknya kerana menganggap mereka mempunyai genre dan aura persembahan yang berbeza."Tapi mak dia tak sesuai… vibe mak dia lain. Mak dia boleh duduk belakang pentas tepuk-tepuk tangan saja," selorohnya.ARTIKEL BERKAITAN: Adira tak perasan Datuk Red datang sokong anak, minggu ‘kritikal’ tapi tetap profesionalARTIKEL BERKAITAN: [V] Adira tak halang bekas suami datang sokong TTMM2, mahu elak drama demi anakMengulas pula mengenai pujian daripada Puan Sri Tiara Jacquelina yang berharap Anggrek segera membesar kerana bakatnya, Adira menyifatkan perkara itu sebagai satu doa yang baik daripada insan berpengalaman dalam industri seni.Pun begitu, sebagai ibu, dia tetap akan memastikan anaknya fokus kepada pekajaran seiring dengan minat Anggrek."Insya-Allah. Secara peribadi sebagai seorang ibu, saya gembira dan bangga dengan pencapaian Anggrek, tetapi dia masih kecil lagi.Anggrek amat menyukai Mimi Fly."Saya anggap itu adalah doa-doa yang baik daripada pakar-pakar artis. Namun, saya akan tetap fokuskan dia kepada pelajaran terlebih dahulu."Dalam masa sama, saya akan hantar dia ke kelas-kelas yang diperlukan, insya-Allah," katanya.Sebelum ini, Anggrek membuat persembahan bersama Mimi Fly menerusi lagu Temberang pada minggu keenam TTMM2.Persembahan tersebut melayakkan Anggrek meraih kedudukan pertama sekali gus menjadi bualan netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!