suria

[V] Adira tak halang bekas suami datang sokong TTMM2, mahu elak drama demi anak

PENYANYI Adira Suhaimi tidak menghalang sekiranya bekas suaminya, Datuk Red, hadir memberi sokongan kepada anak mereka, Anggrek, yang kini menyertai program Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Menurut Adira, 35, kehadiran bapa kepada Anggrek itu pastinya memberi makna besar buat anak mereka yang sedang berjuang dalam pertandingan tersebut.

“Alhamdulillah, bapa dia pun setuju dengan penyertaan Anggrek. Saya tidak akan membelakangkan ayah dia. Dia tahu dan sedar mengenai pertandingan ini serta turut memberi sokongan.

Adira mencium Anggrek sebaik sahaja persembahan tamat.

“Insya-Allah kalau dia ada masa mungkin akan datang. Saya tiada masalah dan terbuka sebab macam mana pun, Anggrek tetap anak dia.

“Dia memang kena datanglah untuk sokong Anggrek, tiada sebarang halangan,” katanya kepada mStar.

Adira berkongsi perkara itu selepas konsert minggu pertama TTMM2 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN:Anak-anak selesa dengan jejaka misteri, Adira Suhaimi mahu terus rahsiakan kisah cinta 

ARTIKEL BERKAITAN: Adira kongsi gambar bersama jejaka misteri, peminat mula ucap tahniah

Dalam pada itu, Adira menjelaskan dia tidak merancang sebarang gimik termasuk menjemput bekas suaminya naik ke pentas kerana mahu menjaga emosi anaknya.

Jelasnya, dia menyertai rancangan itu kerana mahu menyerlahkan bakat anaknya dan tidak mahu mencipta pelbagai drama yang tiada keperluan.

“Saya memang tak rancang untuk buat macam itu sebab Anggrek masih kanak-kanak dan mungkin dia tak boleh kawal emosi.

Terpulang kepada peserta lain kalau nak buat begitu.

ADIRA SUHAIMI

PENYANYI

“Saya nak dia dilihat seperti kanak-kanak biasa dan tak mahu beri tekanan, kecuali kalau saya rasa dia benar-benar bersedia.

“Terpulang kepada peserta lain kalau nak buat begitu, tapi bagi Anggrek saya rasa kurang sesuai,” ujarnya.

Sementara itu, Adira turut memaklumkan prosiding mahkamah berkaitan pengesahan rujuk dengan bekas suaminya masih belum selesai.

Katanya, tarikh perbicaraan seterusnya ialah pada 23 April ini dan berharap urusan berkenaan dipermudahkan.

Adira cukup bangga dengan keberanian Anggrek.

“Kes pengesahan rujuk belum selesai, tapi saya tetap kena hadap dan selesaikan segera sebab saya pun nak ada kehidupan sendiri.

“Saya harap semuanya selesai dengan tenang tanpa drama atau pergaduhan. Saya percaya dia juga mahukan perkara yang sama," kongsinya.

Dalam masa itu, Adira mengakui tidak pernah terganggu dengan ujian itu dan menganggap ia hanyalah dugaan kecil dalam hidupnya.

“Alhamdulillah saya ada ‘support system’ yang sangat baik. Saya tidak terganggu sebab pernah lalui perkara lebih berat sebelum ini.

“Bagi saya, ini hanyalah hal kecil,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain