suria

Anak-anak selesa dengan jejaka misteri, Adira Suhaimi mahu terus rahsiakan kisah cinta

Adira belum sedia kongsi kisah bahagia.

PENYANYI Adira Suhaimi lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi mengenai hubungan cintanya dengan seorang jejaka misteri kepada umum.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 35, bagaimanapun tidak menafikan lelaki berkenaan merupakan individu yang istimewa dalam hidupnya ketika ini.

“Boleh dikatakan istimewa, sebab saya pun jarang kongsi mana-mana lelaki. Jadi saya minta doakan yang terbaik,” katanya kepada mStar.

Adira selesa sorok wajah kekasih hati.

Dia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Talk To My Manager musim kedua yang berlangsung di Petaling Jaya pada Jumaat.

Menurut penyanyi lagu Sayang Orang Sama itu, dia kini memilih untuk berkongsi perkara yang perlu sahaja di media sosial dan enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai hubungan tersebut.

“Setakat ini apa yang boleh saya kongsikan adalah apa yang saya kongsi di media sosial sahaja. Itu saja.

“Saya kekal dengan cara itu dan mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua. Insya-Allah,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira kongsi gambar bersama jejaka misteri, peminat mula ucap tahniah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Didakwa rujuk sebulan selepas cerai, Adira tegaskan tak pernah berlaku

Dalam pada itu, Adira memberitahu anak-anaknya juga sudah menerima kehadiran jejaka misteri berkenaan dengan baik.

"Alhamdulillah setakat ini anak-anak saya sangat selesa. Saya tak boleh kongsi lebih banyak kerana perlu menghormati keluarga," jelasnya.

Tegasnya, segala perkongsian yang dimuat naik di media sosial adalah atas kehendaknya sendiri dan bukan sekadar gimik untuk meraih perhatian.

Adira dalam fasa bahagia.

“Saya tak buat gimik. Apa yang saya kongsi di media sosial adalah perkara yang saya suka, tiada paksaan.

“Maknanya apa yang ada di media sosial saya itu adalah apa yang saya suka dan bahagia,” jelasnya.

Sebelum ini, perkongsian foto di Instagram yang memaparkan dia bersama jejaka misteri yang memiliki rambut panjang baras bahu mengundang pelbagai teka-teki dan spekulasi ramai. 

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain