PELAKON Norman Hakim mengakui bangga dan terharu apabila anak bongsu hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Abby Abadi iaitu Maria Danisha Hakim memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan baru-baru ini.Kejayaan Danisha, 18, itu dianggap sebagai satu pencapaian yang sangat bermakna buat seluruh keluarga memandangkan remaja itu menunjukkan kesungguhan yang luar biasa sepanjang tempoh pengajiannya. Norman menyifatkan setiap titisan peluh dan usaha secara senyap anaknya itu akhirnya membuahkan hasil yang manis buat mereka sekeluarga.Danisha meraih keputusan cemerlang pada SPM 2025. "Tahniah atas keputusan SPM 2025 yang sangat membanggakan. Setiap usaha, termasuk pengorbanan senyap yang mungkin tidak disedari sesiapa, akhirnya membuahkan hasil. "Papa nampak segala usaha dan kekuatan Danisha sepanjang perjalanan ini,” katanya.Bercerita mengenai detik pengumuman keputusan tersebut, aktor drama Gerak Khas ini mengakui hatinya berdegup kencang saat menemani Danisha menyemak keputusan secara dalam talian.ARTIKEL BERKAITAN: Luahan anak bongsu Abby Abadi, Norman Hakim raih perhatian netizenARTIKEL BERKAITAN: “Minta maaf buat kamu rasa tak dipedulikan...” - Norman Hakim bangga kejayaan DanishaKata Norman, sebagai bapa dia akan sentiasa menjadi tulang belakang buat Danisha dalam apa jua keadaan dan mahu anaknya itu tahu bahawa setiap usahanya sangat dihargai."Danisha tidak perlu memikul segalanya seorang diri. Perasaan dan usaha Danisha sangat bermakna. "Papa akan sentiasa melihat, menyokong dan percaya padamu,” ujarnya.Abby dan Norman sentiasa memberikan yang terbaik buat Danisha. Malah Norman menzahirkan penghargaan kepada institusi pendidikan yang membantu membentuk disiplin Danisha termasuk Abedeen Academy serta PTTI Group yang berjaya membantu anaknya mengatasi kelemahan dalam subjek tertentu.Hasil bimbingan, Danisha berjaya meraih gred A bagi tiga mata pelajaran utama iaitu Matematik, Sains, dan Sejarah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube