suria

UTV satukan Bella Astillah, Syed Saddiq! Lebar sayap ke siaran TV digital

Syed Saddiq dan Bella bakal digandingkan dalam UTV TV.

PLATFORM penstriman UTV bakal menyatukan pasangan yang sedang menjadi bualan hangat iaitu Bella Astillah dan Syed Saddiq dalam sebuah naskhah terbaharu tidak lama lagi.

Presiden UTV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Datuk Adzliana Datuk Seri Dr Hasan berkata, pemilihan gandingan itu dibuat berdasarkan faktor populariti luar biasa yang dimiliki kedua-dua personaliti tersebut.

Menurut Adzliana, penglibatan nama-nama besar seperti Fattah Amin sebelum ini telah membuktikan sokongan peminat dan pengikut setia artis memainkan peranan besar terhadap jumlah tontonan di UTV.

Datuk Nana (kiri) bakal menggandingkan Bella dan Syed Saddiq dalam telefilem terbarunya. 

"Karya lakonan Amira dan Fattah yang ditayangkan di UTV sebelum ini merupakan antara naskhah mendapat tontonan tertinggi. 

“Saya percaya kejayaan itu adalah hasil populariti yang dimiliki kedua-dua figura ini. 

"Kebanyakan pelanggan UTV juga adalah dalam kalangan peminat artis yang terlibat dalam projek bersama kami,” katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka viral Istanbul buat Sherry Alhadad tersenyum, beritahu Presiden UTV dah jumpa hero telefilem ‘Kekasihku Abang Jagung’... Bell Ngasri pula tanya ‘best’ ke jagung dia?

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ada yang tak puas hati kenapa hanya Hong Kong”… Fattah Amin kongsi momen ‘clingy’ Fatima, rancang bawa ke Paris!

Nana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Seri Syawal Usanita pada Khamis. 

Mengulas lanjut mengenai projek melibatkan Bella dan Syed Saddiq, Datuk Nana mendedahkan pasangan tersebut bakal membintangi sebuah telefilem bergenre komedi.

Malah segala persiapan telah dilakukan dan sesi penggambaran akan dimulakan dalam masa terdekat.

"Ya, memang dah lama intai pasangan ini. Kita memang akan mula penggambaran dalam masa terdekat sebab sebelum ini beri laluan kepada majlis pertunangan mereka. 

Bella juga dikatakan bakal menjadi wajah untuk Amber tidak lama lagi. 

"Alhamdulillah Bella juga akan jadi salah seorang wajah untuk koleksi kita (Amber) nanti dan berharap Syed Saddiq juga akan bersama," ujarnya. 

Dalam pada itu, UTV kini melebarkan sayapnya ke siaran TV Digital menerusi aplikasi yang boleh diakses melalui semua peranti Android TV bermula Khamis. 

Langkah itu menyaksikan UTV kini berfungsi sebagai platform Over-The-Top (OTT) setanding gergasi antarabangsa nemun dengan fokus utama terhadap pengeluaran kandungan lokal yang berkualiti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain