BENGANG dengan tuduhan tidak berasas netizen, pelakon Yusuf Bahrin memberi amaran kepada seorang individu yang menjaja kisah rumah tangganya bersama penyanyi Zizi Kirana berakhir dengan perceraian disebabkan aktres Alya Iman. Yusuf atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memberi pengajaran kepada individu berkenaan. "Aku dah ada maklumat peribadi kau. Kalau kau tak padam hantaran bodoh kau, aku akan ambil tindakan undang-undang dan saman," katanya ringkas membalas komen netizen di Threads.Yusuf bertegas mahu ambil tindakan undang-undang.Terdahulu seorang dikenali sebagai @anisadrianaa._ mendakwa Alya Iman menjadi punca keretakan hubungan suami isteri selain menuduh pasangan itu tidak sekufu memandangkan Zizi berjihad ke jalan Allah manakala Yusuf masih tidak menjaga batas dalam bidang lakonan."Nak jujur sikit, Zizi dah berhijrah, sertai usrah dan Sumud Flotilla."Yusuf masih dalam bidang lakonan. Pegang dan peluk-peluk dengan bukan muhrim. Rasa macam tak sesuai," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Sudah cuba selamatkan…Yusuf Bahrin, Zizi Kirana pilih berpisah secara baikARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Bahrin, Zizi Kirana sah cerai talak satuBagaimanapun individu berkenaan bertindak memadam posting tersebut beberapa jam kemudian.Sementara itu, pihak pengurusan Alya Iman iaitu Stars Powerhouse Entertainment tampil menyangkal dakwaan yang mengaitkan artis mereka dengan isu penceraian pasangan berkenaan.Mereka juga menganggap tuduhan tersebut bertujuan untuk menjejaskan nama baik Alya Iman dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkannya."Stars Powerhouse Entertainment memandang serius penyebaran kenyataan palsu yang mengaitkan artis kami, Alya Iman, dengan isu perceraian pasangan artis yang tular baru-baru ini. Tuduhan ini adalah tidak benar, berunsur fitnah dan menjejaskan reputasi.Zizi dan Yusuf sah bercerai talak satu."Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat. Hentikan penyebaran serta-merta dan turunkan semua," kongsinya di Instagram.Pada pagi Khamis, Yusuf dan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor pada Khamis.Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube