PELAKON Yusuf Bahrin tidak pernah menyangka rumah tangga yang dibina bersama Zizi Kirana berakhir dengan perceraian.Yusuf atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, berkata tiada mana-mana pasangan yang mengimpikan kegagalan dalam perkahwinan, namun dia reda dengan ketentuan takdir. “Saya tak boleh nak cakap, benda ini tak boleh dijangka (mengenai proses perceraian ini). Tapi Alhamdulillah semua selesai.Yusuf reda perkahwinan berakhir dengan perceraian. “Tak ada siapa atau satu pun pasangan dalam dunia ini sukakan perceraian. Tapi dalam kisah hidup saya dan dia, inilah pengakhirannya.“Saya tak pernah jangka dan saya tak pernah tahu akan terjadi dalam hidup saya,” katanya kepada mStar.Yusuf berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Bahrin, Zizi Kirana sah cerai talak satu ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Zizi Kirana fail cerai terhadap Yusuf BahrinMenurut Yusuf, pelbagai usaha telah dilakukan bagi menyelamatkan rumah tangga mereka, namun menemui jalan buntu.Bagaimanapun, Yusuf bersyukur apabila proses perpisahan berjalan lancar dan memilih untuk berpisah secara baik tanpa sebarang sengketa.“Kami dah buat yang terbaik dan cuba sedaya upaya untuk selamatkan, tapi benda jadi macam ini. Tapi dalam kisah hidup saya dan dia, inilah pengakhirannyaYUSUF BAHRINPELAKON “Kami berpisah secara baik dan tak ada permusuhan atau dendam,” ujarnya.Walaupun status mereka kini berubah, Yusuf berkata dia tetap akan memberikan sokongan terhadap kerjaya seni bekas isterinya itu.“Selepas ini kami fokus kerjaya masing-masing. Saya akan terus beri sokongan kepada dia, dan dia pun akan terus sokong kerjaya saya, insya-Allah,” ujarnya.Zizi dan Yusuf sah bercerai talak satu pada Khamis. Sebelum ini, Yusuf dan Zizi sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor pada Khamis.Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube