HAMPIR lima tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana kini sah bercerai talak satu pada Khamis. Yusuf melafazkan talak terhadap Zizi dihadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor iaitu Mohd Saifullah Hamzah. Perkara tersebut dimaklumkan peguam mewakili Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 41, yang dikenali sebagai Haiza. Zizi dan Yusuf berpisah secara baik. “Prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pagi ini adalah satu permohonan perceraian di bawah Seksyen 47 yang mana pihak-pihak bersetuju untuk bercerai. “Perceraian ini telah direkodkan oleh hakim Tuan Muhammad Syaifullah Hamza. Lafaz cerai telah dibuat oleh Yusuf terhadap Zizi dengan talak satu secara raj’ie.“Kes pada hari ini juga berjalan dengan baik dan itu sahajalah yang kita nak jelaskan pada hari ini ya,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Zizi Kirana fail cerai terhadap Yusuf Bahrin ARTIKEL BERKAITAN: Status rumah tangga jadi tanda tanya… Yusuf Bahrin, Zizi Kirana hadir di Mahkamah SyariahSementara itu, Zizi ketika diminta mengulas mengenai perceraian itu enggan berkongsi lanjut. “Alhamdulillah, semuanya yang baik-baik, insyaAllah. Terima kasih semua. “Minta maaf kerana kena tunggu lama,” ujarnya. Zizi dan Yusuf akhirnya menjawab spekulasi rumah tangga mereka. Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Zizi dan Yusuf mempunyai masalah. Menurut sumber, pasangan berkenaan dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung, namun kedua-duanya memilih untuk tidak berkongsi perkara itu secara terbuka kepada umum.Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube