PENYANYI Lan Solo mendedahkan dia sudah merendahkan ego demi menjernihkan hubungan dengan gitaris utama kumpulan Kristal iaitu Rody bagi menjayakan konsert Kristal OG bersama.Bagaimanapun, usaha Lan atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 41, itu tidak mendapat maklum balas positif daripada Rody. Kata Lan, usaha mengajak Rody bersemuka selepas lebih sembilan tahun tidak bertemu juga menemui jalan buntu. Hubungan Lan (kanan) dan Rody pernah akrab sebelum ini.“Sejak awal menerima tawaran ini, dia orang pertama yang saya rujuk dan ingin jumpa. Saya sendiri cadangkan untuk kami berjumpa memandangkan sudah lama tidak bersemuka. Bagi saya, lebih baik berbincang depan-depan daripada mesej di WhatsApp.“Tetapi hari demi hari, dia hanya beri jawapan ‘nanti fikir’ dan alasan sibuk. Saya cuba menghubunginya sejak Jun 2025 hingga Ogos dan mengambil keputusan untuk berhenti mencuba,"katanya kepada mStar.Lan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert Kristal OG bersempena meraikan 25 tahun perjalanan seni kumpulan itu yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun tidak bertegur, hubungan Lan Solo dan Rody Kristal kembali pulih selepas terserempak di surauARTIKEL BERKAITAN: Rody Tertunggu-Tunggu... Mana Lan?Menceritakan proses untuk menghubungi Rody selepas sekian lama mereka tidak berkomunikasi, Lan berkata, dia berusaha mendapatkan nombor telefon Rody daripada adiknya iaitu Acap.“Saya dapatkan nombor telefon melalui Acap (Adik Rody) kerana sudah lama kami tidak berhubung. Saya cuba hubungi tetapi tidak berjawab, mungkin dia tidak kenal nombor saya.“Namun dia ada WhatsApp bertanya siapa saya. Itu menunjukkan dia tidak simpan nombor saya lagi. Jadi saya pun terus perkenalkan diri dan beritahu ingin berbincang mengenai satu projek,” kongsinya. Bohong kalau saya kata tidak kecewa.LAN SOLOPENYANYIJelas Lan, niatnya hanya mahu memperbaiki hubungan selain memenuhi permintaan peminat yang ingin melihat mereka kembali bekerjasama.“Saya sudah ketepikan ego kerana ini masa yang sesuai tetapi agak kecewa apabila ia tidak menjadi seperti dirancang."Orang nampak saya dan Rody sebagai tonggak utama Kristal, jadi saya cuba tunaikan hasrat peminat,” ujarnya..Dalam masa sama, Lan tetap menghormati keputusan yang dibuat oleh Rody selain tekad mahu memberikan fokus kepada konsert yang bakal berlangung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Mei nanti.Lan dan Rody antara tonggak utama Kristal.“Bohong kalau saya kata tidak kecewa. Ini jalan pertama yang saya pilih iaitu berjumpa dan berbincang untuk jadikan konsert ini satu memori indah buat Kristal.“Tetapi bila ia tidak berlaku, saya anggap belum ada rezeki. Saya perlu terus fokus dan hormati keputusan yang diberikan,” jelasnya.Untuk rekod, kemelut dua sahabat ini mula tercetus apabila Lan dipercayai membuat keputusan untuk menyertai Gegar Vaganza musim ke-4 pada tahun 2017 lalu.Disebabkan itu, Rody membuat keputusan untuk 'merehatkannya' dan mencari vokalis pengganti sekali gus membuatkan Lan memilih keluar dari kumpulan Kristal.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube