Pihak taska memegang amanah dan bertanggungjawab menjaga keselamatan serta kebajikan kanak-kanak. -Gambar hiasan AI
ANAK kecil yang sedang membesar memerlukan pemakanan seimbang bagi memastikan kesihatan dan perkembangan mereka berada pada tahap optimum.Justeru, pengambilan makanan tinggi gula perlu dikawal, lebih-lebih lagi bagi anak kecil yang masih berusia setahun dan baru mula mengenali pelbagai jenis makanan. Bagi ibu bapa yang sangat menitikberatkan pemakanan anak, mereka pastinya kecewa apabila mendapat tahu ada pihak yang tidak mengambil serius perkara tersebut sehingga menyebabkan si kecil terdedah kepada makanan tidak sihat, sebagaimana kisah dikongsikan seorang wanita ini. Dakwa wanita tersebut, anaknya jatuh sakit selepas menjamah makanan manis di taska sewaktu sambutan hari jadi salah seorang kanak-kanak.Ramai ibu bapa memilih untuk mengadakan sambutan hari jadi anak di taska bagi berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan. -Gambar hiasan AI"Kenapa taska boleh benarkan ibu bapa bawa makanan yang teramat manis untuk sambutan hari jadi?"Anak aku demam panas tau lepas makan donat. Kenapa ada ibu bapa yang bodoh bawa makanan manis-manis macam tu pergi taska?"Budak baru setahun dah ajar makan manis-manis. Tak faham la ibu bapa benak macam ni. Sekarang aku la yang susah, anak aku demam. Dah la baru je lepas keluar wad," luahnya dalam hantaran di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh perli ibu bapa hantar anak ke taska walaupun jerebu, wanita sedih dituduh pentingkan kerja - “Ingat kami ada pilihan ke?”ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal anak 2 dan 4 tahun bermalam di taska demi pesakit... Suami isteri menangis dengar soalan anak, terus nekad ‘exit’ KKMLebih mengecewakan, wanita itu mendakwa pihak taska sebenarnya sudah menetapkan larangan membawa makanan tertentu seperti yang dinyatakan dalam memo ketika pendaftaran.Malah, pihak pengurusan juga dikatakan sudah memaklumkan peraturan berkenaan kepada semua ibu bapa bagi memastikan makanan yang diberikan kepada kanak-kanak bersesuaian.Seorang wanita mendakwa anaknya alami demam panas selepas memakan donat manis di taska.Dia kecewa kerana ibu bapa kanak-kanak lain didakwa membawa makanan tinggi gula ke taska.Ujarnya, pihak taska sudah menetapkan larangan membawa makanan tertentu menerusi memo ketika pendaftaran.Wanita itu turut mempersoalkan sikap ibu bapa yang tidak mematuhi peraturan.Netizen bersetuju pemakanan anak kecil perlu dijaga dan pihak taska perlu lebih tegas menguatkuasakan peraturan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Memo masa mendaftar, dan pihak sekolah pun dah beritahu tak boleh bawa makanan sekian-sekian. Memang peraturan atas kertas je ke? Ibu bapa tak reti baca?"Jangan cakap... apa salahnya manis bukan selalu. Dah kalau dalam sebulan tu banyak sambutan hari jadi, jenuh la," luahnya lagi. Di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa pemakanan kanak-kanak kecil perlu diberi perhatian serius, terutama ketika mereka berada di bawah jagaan pihak taska.Ada juga yang berpendapat pihak pengurusan taska perlu lebih tegas dalam menguatkuasakan peraturan sedia ada bagi memastikan makanan yang dibawa masuk tidak menjejaskan kesihatan kanak-kanak lain.