suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengasuh perli ibu bapa hantar anak ke taska walaupun jerebu, wanita sedih dituduh pentingkan kerja - “Ingat kami ada pilihan ke?”

Cikgu tadika perlu bekerja seperti biasa walaupun cuaca jerebu. -Gambar hiasan AI

MASALAH jerebu bukan sahaja tentang pencemaran udara tetapi ia sekali gus menggangu aktiviti dan urusan harian.

Terbaharu semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 akan ditutup bermula Jumaat.

Setakat ini, empat buah negeri iaitu Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor menetapkan penutupan sehingga makluman lanjut.

Semua sekolah di beberapa negeri terkesan akibat jerebu terpaksa ditutup.

Bagaimanapun, taska dan tadika difahamkan masih beroperasi seperti biasa dan sedikit sebanyak mengundang pertikaian dalam kalangan petugas sektor tersebut.

Seorang pengasuh di sebuah taska meluahkan rasa tidak puas hati apabila masih ada ibu bapa menghantar anak mereka ke tadika dan taska walaupun jerebu semakin membimbangkan.

Pengasuh berkenaan turut mempersoalkan keputusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mengarahkan agar tadika dan taska terus beroperasi. 

  • Seorang cikgu taska memuat naik hantaran sinis dipercayai ditujukan kepada ibu bapa yang menghantar anak ke tadika ketika jerebu.
  • Hantaran itu menyusul pengumuman penutupan institusi pendidikan di bawah KPM apabila bacaan IPU melebihi paras ditetapkan.
  • Cikgu terbabit turut mempersoalkan keputusan JKM yang mengarahkan tadika terus beroperasi ketika keadaan jerebu.
  • Hantaran itu menerima kecaman warganet, khususnya ibu bapa yang bekerja dan tidak mempunyai pilihan untuk mengambil cuti.

"Nyawa anak atau kerja penting?" ujarnya di Threads.

Rentetan itu, individu terbabit dibanjiri kecaman dan kritikan warganet khususnya ibu bapa yang terasa hati dengan hantaran dibuat.

Seorang wanita menjelaskan ibu bapa juga tiada pilihan selain menghantar anak mereka ke taska atau tadika kerana bukan perkara mudah bagi pekerja di sektor swasta mendapatkan cuti.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kesian, adik kau dah mati!” - Cikgu tadika panas hati murid bermulut celupar, ajuk kesedihan kawan baru hilang ahli keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Langit dah gelap baru teringat nak jemput anak... Cikgu tadika bengang kena kerja lebih masa, minta mak ayah jangan ‘selfish’

"Sebagai ibu bapa yang bekerja swasta tanpa pilihan, cikgu taska tak perlu ya nak perli, siap cakap nyawa anak lagi penting ke kerja.

"Cikgu, maaf. Pertamanya kami tak pernah paksa kau jadi cikgu pun.

"Kedua, kalau kerajaan umum shut down sekali pun, ingat kami yang swasta ini ada pilihan ke? Kau cakap je kau malas kerja!

Artikel Lain