suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Staf kaki kelentong MC akhirnya ’resign’, majikan tampil taktik baharu... Capai situasi menang-menang, tiada lagi pekerja tipu cuti sakit

Memberikan MC palsu kepada majikan merupakan satu kesalahan serius di tempat kerja. -Gambar hiasan AI

ISU pemalsuan sijil cuti sakit (MC) oleh pekerja bukan isu baharu di Malaysia.

Malah ada sahaja cara digunakan bagi menipu syarikat dan ia seakan-akan sudah menjadi rahsia terbuka dalam kalangan masyarakat.

Bagi pihak majikan pula, masalah ini pastinya menjadi perkara yang memeningkan kepala untuk ditangani.

Dalam sesetengah kes, pekerja sanggup membeli MC hanya kerana mengalami sakit ringan yang tidak memerlukan rawatan doktor.

Majikan sebenarnya turut mempunyai peranan untuk menangani isu pekerja memberikan slip MC palsu. -Gambar hiasan AI

Walaupun sedar perbuatan tersebut menyalahi etika, tekanan polisi sesetengah syarikat yang terlalu ketat kadang kala memaksa segelintir pekerja memilih jalan pintas ini.

Menyedari realiti ini, seorang peguam merangkap pengurus firma guaman, Ainie Haziqah memberitahu isu berkenaan membuka matanya dalam mencari punca sebenar mendorong perbuatan tersebut.

"Dulu saya pernah ada seorang staf. Dia kantoi tipu MC beberapa kali. Kemudian dia berhenti," tulisnya.

Jelas Ainie, walaupun syarikat mempunyai peruntukan cuti sakit, pekerja masih diwajibkan mengemukakan slip MC daripada klinik atau hospital termasuk bagi kes-kes ringan seperti demam, sakit kepala atau kepenatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat MC sebab masalah haid, wanita takut salah guna cuti sakit sebab keluar beli makanan - “Adakah dikira menipu?”

ARTIKEL BERKAITAN: Bos baik, 'sporting' kecewa staf pijak kepala sanggup tipu MC... Ingat 4 risiko ini jika anda ada niat palsukan sijil

Sebagai penyelesaian, Ainie berkata firmanya kemudian memperkenalkan polisi baharu yang membenarkan pekerja mengambil cuti sakit sehari setiap bulan tanpa perlu mengemukakan slip MC.

"Jadi pekerja yang kadang-kadang period pain, sakit kepala, demam satu hari esok sudah okay, tak payah keluar ambil MC. Boleh duduk di rumah dan tidur.

"Kurang kos keluar dan boleh berehat tapi kita potong sahaja peruntukan MC," kongsinya.

Menariknya, Ainie memberitahu firmanya tidak lagi berdepan sebarang masalah penipuan selepas polisi tersebut dilaksanakan.

  • Masalah pemalsuan sijil cuti sakit (MC) merupakan isu popular.

  • Polisi syarikat terlalu ketat mewajibkan slip MC untuk kes ringan.

  • Ada syarikat mengambil inisiatif memperkenalkan polisi cuti sakit sehari sebulan tanpa slip MC.

  • Langkah fleksibel berjaya mengekang penipuan oleh pekerja.

  • Pendekatan bertimbang rasa ini mewujudkan situasi menang-menang buat majikan dan pekerja.

Malah, pekerja juga didapati tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan itu dengan sesuka hati.

Berdasarkan pengalaman itu, Ainie berpendapat majikan sebenarnya mempunyai kelebihan untuk memikirkan alternatif dan inisiatif yang boleh menyumbang kepada kebaikan semua pihak.

"Sebagai majikan boleh sahaja kita berfikir dan guna akal kita untuk kebaikan semua orang.

"Sebagai majikan saya nak produktiviti meningkat. Staf pula nak difahami dan ada fleksibiliti. Jadi situasi menang-menang. Saya menang. Pekerja pun menang," jelasnya.

Artikel Lain