Ramai berpendapat tindakan menahan pelajar ketika waktu persekolahan tamat bukan satu bentuk denda yang sesuai. -Gambar hiasan AI
SETIAP guru mempunyai pendekatan tersendiri dalam mendidik dan membentuk disiplin pelajar, termasuk mengenakan hukuman sebagai peringatan agar mereka tidak mengulangi kesalahan sama.Bagaimanapun, seorang guru berpandangan aspek keselamatan perlu menjadi pertimbangan utama sebelum sesuatu hukuman dikenakan. Menerusi satu perkongsian di media sosial, guru berkenaan meminta golongan pendidik supaya tidak mendenda dengan menahan pelajar ketika waktu pulang, terutama mereka yang menggunakan perkhidmatan bas atau van sekolah."Guru-guru, tolong jangan tahan murid waktu balik. Kesian anak murid yang naik van atau bas sekolah. Mereka kena tinggal bas tau! Terutamanya murid sekolah rendah."Ini bukan soal generasi manja ke tak manja. Ini soal keselamatan. Sedangkan dalam sekolah pun tak selamat, apatah lagi luar skolah," ujarnya.Guru sememangnya berdepan cabaran besar dalam mendidik pelajar, namun setiap tindakan untuk mendisiplinkan anak didik wajar mempertimbangkan aspek keselamatan. -Gambar hiasan AIGuru itu bagaimanapun menjelaskan pandangannya itu bukan bermaksud sekolah merupakan tempat yang tidak selamat secara keseluruhannya.Sebaliknya, pandangan tersebut disuarakan berdasarkan beberapa kes yang berlaku ketika ini dan kepentingan memastikan pelajar dapat pulang mengikut waktu ditetapkan."Aku hanya ambil kira kes yang berlaku sekarang ni. Sebab itu perlu balik ikut waktu tepat untuk anak dapat naik kenderaan dan sampai dekat rumah dengan selamat."Aku tak enabler budak buat salah. Aku hargai cikgu nak bentuk anak-anak murid sebab aku juga seorang cikgu.ARTIKEL BERKAITAN: Baru Tingkatan 3 dah pandai asmaradana! Cikgu praktikal ‘tangkap’ 2 pelajar perempuan duduk atas riba lelaki - “Aku marah, mereka gelak je”ARTIKEL BERKAITAN: Berderai air mata ibu, anak mengadu barangan peribadi dirampas dan dilelong! Warden asrama minta RM4 jika nak tebus"Denda tetap denda. Berdiri luar kelas. Rotan. Ugut sikit sesiapa yang tak buat kerja sekolah tak boleh rehat, tak boleh balik," katanya.Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak menyalah tafsir pandangannya sebagai usaha untuk mempersoalkan kaedah disiplin yang digunakan guru."Jangan persoalkan aku dekat sini, habis budak buat salah nak buat apa je? Cuba letak situasi ini dekat anak sendiri. Kau kerja, anak pula tertinggal bas."Aku tak cakap semua cikgu. Aku hargai cikgu-cikgu yang ada empati," katanya lagi menerusi perkongsian di Threads.Seorang guru meminta pendidik tidak menahan pelajar ketika waktu pulang demi menjaga keselamatan mereka.Katanya, tindakan itu boleh menyebabkan pelajar terlepas bas atau van sekolah.Tegasnya, pandangannya itu bukan bermaksud guru tidak boleh mendenda pelajar yang melakukan kesalahan.Sebaliknya, hukuman perlu mengambil kira keadaan dan keselamatan pelajar.Pandangan itu turut mendapat sokongan rata-rata warga maya termasuk golongan pendidik.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-ratanya termasuk golongan pendidik sendiri menyokong pandangan disuarakan guru berkenaan.Mereka berpendapat menahan pelajar ketika waktu persekolahan tamat bukan satu bentuk denda yang sesuai kerana ia mampu mengundang masalah lain terutama bagi pelajar sekolah rendah."Cikgu tak boleh tahan murid balik lambat tanpa maklumkan kepada ibu bapa. Kena ambil kira logistik murid. "Guru Penolong Kanan saya ada nasihat. Tiga hak murid tak boleh diabaikan iaitu hak untuk belajar, hak untuk rehat dan hak untuk balik waktu sepatutnya."Anak Tahun Satu, kena denda dalam bilik guru. Lepas itu cikgu boleh lupa. Sebelum Zohor dia dekat situ, balik lepas Asar kebulur dia balik cari makanan," komen netizen.