Setiap anak pasti mempunyai cara tersendiri untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa yang telah membesarkan mereka. -Gambar hiasan AI
SESETENGAH wanita masih menghulurkan duit belanja sebagai membalas jasa ibu dan bapa biarpun sudah berumah tangga. Bagaimanapun situasi ini ada kalanya membuatkan mereka tersepit antara terus bekerja demi membantu ibu bapa dan keinginan bergelar suri rumah demi berbakti kepada keluarga sendiri. Begitulah situasi dilalui seorang wanita ini yang berdepan dilema untuk meninggalkan kerjaya demi menjadi suri rumah, sedangkan pendapatannya selama ini turut digunakan untuk menyara kedua-dua ibu bapanya."Macam mana nak berhenti kerja kalau masih perlu sara ibu bapa? Saya seorang ibu kepada seorang anak.Selain wang ringgit, pelbagai lagi cara lain yang boleh dilakukan anak untuk membalas jasa ibu bapa. -Gambar hiasan AI "Gaji suami sebenarnya mampu tanggung kami bertiga dengan selesa tanpa perlu guna gaji saya, tetapi saya masih bekerja kerana kedua-dua ibu bapa saya tidak mempunyai pelan persaraan."Gaji saya digunakan untuk sara mereka dan memenuhi keperluan lain," katanya.Menurut wanita itu, bapanya masih bekerja buat masa ini, namun beberapa tahun lagi bakal memasuki usia persaraan.Situasi tersebut membuatkan dia sedar tanggungjawab menyara ibu bapa mungkin perlu dipikul bersama adik-beradiknya pada masa akan datang.ARTIKEL BERKAITAN: Terikat tanggungjawab sara mak ayah uzur, bujang 37 tahun pasrah impian bina keluarga makin samar... Gaji pun cukup makan!ARTIKEL BERKAITAN: Pasrah kena jaga, sara mak ayah... Lelaki usia 28 tahun anggap peluang berkahwin dah tertutup"Tapi saya juga mahu jadi suri rumah dan melihat anak membesar di depan mata. "Jadi, macam mana saya nak pastikan saya masih mampu beri sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan kepada ibu bapa saya?" luahnya dalam hantaran di Threads.Bimbang perkongsiannya disalah tafsir, wanita itu menjelaskan niatnya bukan enggan membantu ibu bapa, sebaliknya sedang mencari jalan untuk memastikan tanggungjawab tersebut masih dapat diteruskan sekiranya dia berhenti kerja."Saya cuma bertanya bagaimana caranya. Tolong jangan kecam ibu bapa saya. Mereka dah banyak berkorban untuk sara kami adik-beradik. Seorang wanita dilema untuk berhenti kerja demi menjadi suri rumah dan menjaga anak.Dia masih bekerja kerana mahu membantu menyara ibu bapanya yang tidak mempunyai pelan persaraan.Wanita itu mahu terus memberi sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan kepada ibu bapanya.Dia mencari cara untuk menjana pendapatan dari rumah tanpa mengorbankan masa bersama anak.Netizen berkongsi pelbagai cadangan dan pengalaman mengenai pekerjaan sampingan yang lebih fleksibel.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya cuma tanya pandangan bagaimana nak jalani kehidupan sebagai suri rumah sambil jana pendapatan."Mungkin ada yang berada dalam situasi sama seperti saya," katanya lagi sambil meminta pendapat warga maya.Di ruangan komen, netizen tampil dengan pelbagai reaksi namun rata-ratanya memberikan pandangan mengenai alternatif menjana pendapatan dari rumah.Sebahagian mereka turut berkongsi pengalaman serta idea untuk mendapatkan pendapatan sampingan yang lebih fleksibel dan boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa.