suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terikat tanggungjawab sara mak ayah uzur, bujang 37 tahun pasrah impian bina keluarga makin samar... Gaji pun cukup makan!

Mereka yang belum mendirikan rumah tangga sering dipertanggungjawabkan menjaga ibu ayah uzur. -Gambar hiasan AI

BUKAN sekadar bergelut dengan masalah kewangan, seorang lelaki berumur 37 tahun meluahkan rasa sedih apabila hanya mampu melihat ramai rakan sebaya sudah  memiliki keluarga bahagia dan membesarkan anak-anak.

Membandingkan takdir hidupnya, pemuda ini memberitahu hari-harinya kini hanya ditemani kedua-dua orang tua yang semakin uzur dah lanjut usia.

"Umur dah 37 tahun, hanya mampu melihat orang lain dah berkeluarga, aku reda dan tawakal pada Allah je.

Berbakti kepada ibu dan ayah adalah amalan mulia. -Gambar hiasan AI

Berbakti kepada ibu dan ayah adalah amalan mulia. -Gambar hiasan AI

"Mak ayah pun dah makin tua, andai mereka berdua pergi tinggalkan aku, aku hanya ada Allah tempat bergantung," luahnya di Thread.

Dalam nada penuh emosi, dia turut mendedahkan pendapatan bulanannya yang amat terhad di paras minima.

Tidak hanya itu, pekerjaannya masih berstatus kontrak yang boleh ditamatkan pada bila-bila masa.

  • Lelaki berusia 37 tahun meluahkan kesedihan apabila masih belum berkeluarga seperti individu seusianya.
  • Dia kini hanya ditemani ibu bapanya yang semakin lanjut usia dan bimbang hidup bersendirian sekiranya mereka sudah tiada.
  • Masalah kewangan turut membelenggunya kerana hanya memperoleh gaji bawah RM2,000 menerusi pekerjaan berstatus kontrak.
  • Dia mendakwa banyak berkorban untuk orang lain, namun akhirnya diri sendiri berdepan pelbagai masalah peribadi dan kewangan.
  • Luahannya mengundang simpati netizen, dengan ramai berkongsi pengalaman sama serta menasihatinya supaya tidak membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain.

"Kerja pun masih dalam kontrak dengan gaji bawah RM2,000. Sedih hidup aku," tambahnya sambil mengakui kehidupannya kian terhimpit akibat sering mengutamakan orang lain.

Lebih menambah rasa terkilan apabila pemuda ini turut mendedahkan bahawa adik-beradiknya tidak membantu kerana sibuk dengan urusan sendiri.

Luahan tular itu mendapat pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya bersimpati, selain berkongsi pengalaman senasib bagi memberi semangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Penat jaga ibu uzur seorang diri, wanita tak sengaja lepaskan kemarahan sampai mak menangis... Sakit hati adik-beradik lepas tangan

ARTIKEL BERKAITAN: “Biawak hidup bodoh!” - 9 tahun berkorban jaga mak ayah uzur, adik-beradik tergamak buang si bongsu selepas orang tua sudah tiada

"Sama macam saya, umur dah 38 tahun dan dah malas nak fikir sebab selalu utamakan orang lain sehingga burn out.

"Saya dah usia 40 tahun, tak pernah bercinta pun tapi hidup gembira je sebab kita yang corakkan kehidupan ni.

"Kenapa abang nak sedih, cuba tengok dalam media sosial tentang orang bercerai-berai, yang bergaduh sebab isteri tak masak dan suami biawak hidup," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain