suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Biawak hidup bodoh!” - 9 tahun berkorban jaga mak ayah uzur, adik-beradik tergamak buang si bongsu selepas orang tua sudah tiada

Mendapatkan pekerjaan selepas lama 'menganggur' bukanlah mudah. -Gambar hiasan AI

MENJAGA ibu bapa uzur sering dianggap sebagai satu tanggungjawab mulia namun tidak semua pengorbanan itu mendapat penghargaan waima daripada darah daging sendiri.

Berhadapan dengan situasi tersebut, seorang wanita meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila dia bukan sahaja dibuang adik-beradik malah nombor telefonnya turut disekat selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia.

Lebih menambah rasa pilu, usaha mendapatkan pekerjaan selepas sembilan tahun menjaga ibu bapa masih belum membuahkan hasil.

"Penat cari kerja, lagi-lagi ada jurang sembilan tahun dalam resume. Saya jaga mak strok dan ayah yang hidap kanser selama sembilan tahun.

"Ibu pergi dulu, ayah pula meninggal dunia tahun ini... Sebelum ini dapat survive finacially jaga parents sebab adik-beradik bagi duit. Tapi lepas mak ayah meninggal, mereka putuskan hubungan dan sekat saya," luahnya di Threads.

Tidak semua orang sanggup memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa di kampung dan menyerahkan tugas kepada adik beradik lain. -Gambar hiasan AI

Tidak semua orang sanggup memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa di kampung. -Gambar hiasan AI

Menurut anak bongsu ini lagi, dia mula menjaga ibu bapa yang sakit sejak tamat pengajian peringkat diploma.

Ujarnya, sejak mengambil tanggungjawab tersebut, adik-beradiknya hanya datang melawat dua hingga tiga kali sahaja.

"Itu pun banyak complaint dan marah yang saya terima sebab tak jaga mak ayah dengan perfect.

"Nak minta duit setiap bulan pun kena mengemis, pernah sekali itu saya berniaga depan rumah sebab tak cukup duit, ayah terjatuh sampai masuk hospital, teruk saya dimaki.

  • Wanita korbankan hidup 9 tahun untuk jaga ibu strok dan ayah kanser.
  • Selepas kedua-dua ibu bapa meninggal dunia, dia dipinggirkan oleh adik-beradik.
  • Sepanjang menjaga ibu bapa, dia terima kritikan walaupun adik-beradik jarang datang melawat.
  • Dakwa tidak menerima harta pusaka atau hibah, malah pernah dimaki ketika meminta pinjam RM50 untuk ke temuduga.
  • Kini sukar mendapat pekerjaan kerana mempunyai jurang sembilan tahun dalam resume.

"Selama sembilan tahun saya bersabar walaupun penat, depression tu tak payah cakaplah, tidur pun tak cukup setiap hari," ujarnya mengimbau kenangan pahit yang berlaku.

Lebih menambah rasa terkilan apabila harta pusaka dan hibah diletakkan ke atas nama adik-beradiknya meskipun dia yang berkorban kerjaya serta masa hadapan.

Walhal adik-beradik yang lain telah berjaya dalam kehidupan dan karier masing-masing termasuk mempunyai keluarga bahagia.

"Saya dibuang keluarga macam tu je lepas parents dah tak ada, hari tu terdesak nak pergi temuduga. Saya minta pinjam duit RM50, itupun kena maki biawak hidup bodoh dan membebankan keluarga," adunya sayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu penat pendam rasa, berkorban jaga orang tua sejak usia 14 tahun - “Aku utamakan orang lain berbanding diri sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ramai tapi tak guna! Si bongsu kecewa abang kakak abai mak ayah sakit... Muncul tuntut harta lepas dah meninggal

Mengakui cuba mendapatkan pekerjaan bagi menyara kehidupan sendiri, namun usahanya itu diselubungi kesukaran kerana dikategorikan 'lama menganggur'.

Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap dirinya.

Tidak kurang juga mengecam tindakan adik-beradiknya kerana tidak menghargai usaha dan penat lelahnya menggalas tanggungjawab menjaga orang tua.

"Jahatnya adik-beradik awak, mohon lingkuplah segala kesenangan dan gah yang mereka miliki angkara perlakuan pada awak.

"Memandangkan awak ada pengalaman jaga orang sakit, cuba mohon sijil caregiver dan bekerja dalam bidang itu," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain