PENYEBARAN video intim bukan sahaja akan memalukan mangsa yang terlibat, malah berisiko besar menjejaskan masa depan kehidupan harian serta kerjaya mereka.Menurut seorang lelaki, hidupnya kini diselubungi ketakutan yang teramat sangat selepas mendakwa akaun Telegram miliknya digodam oleh individu tidak dikenali. Lebih membimbangkan, dia mengaku bahawa akaun peribadinya itu sebelum ini dijadikan sebagai 'storan' rahsia untuk menyimpan rakaman aksi intim bersama isteri tercinta.Menyimpan video lucah merupakan satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan AI"Aku ada Telegram untuk simpan rakaman seks dengan isteri, akaun aku kena godam. Video nampak muka isteri aku."Ada ke cara atau laman web yang boleh aku laporkan untuk padam akaun Telegram yang sudah kena godam?"Aku simpan kat Telegram tu sebagai 'cloud' untuk gambar-gambar dan video," ujar lelaki itu.Seorang suami bimbang akaun Telegram miliknya digodam.Dia menyimpan video aksi lucah bersama isterinya di Telegram.Lelaki itu bimbang wajah isterinya akan tersebar di internet.Pelayar X menyelar tindakan bodoh lelaki itu merakam aksi intim bersama isterinya.Ringkasan ini dijana oleh AIHantaran yang dimuat naik di aplikasi X itu menerima pelbagai reaksi netizen.Bagaimanapun di sebalik rasa simpati terhadap pasangan itu, ramai yang turut mempersoalkan tindakan lelaki tersebut yang membuat rakaman video peribadi sewaktu bersama isterinya."Pertama sekali, nak tanya, kenapa perlu rakam? Bodoh ke? Ini mesti kaki porno.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal biarkan suami rakan video intim, separuh gila jadi bahan ugutan selepas berceraiARTIKEL BERKAITAN: “Kami solat taubat bersama” - Selepas video intim tersebar, wanita pilih lelaki ‘dark side’ jadi suami... Reda dibuang keluarga"Bodohnya kau. Suami isteri pun nak rakam benda macam ni. Kan dah halal, tak perlu nak rakam-rakam."Sekali dah tersebar di Internet, memang tak boleh buat apa dah," tulis beberapa netizen.Sebagai peringatan, menyimpan video lucah adalah satu kesalahan jenayah di Malaysia. Individu yang didapati bersalah memiliki bahan terlarang ini boleh dikenakan tindakan undang-undang.