KEDENGARAN seperti tidak masuk akal namun realitinya wujud segelintir suami yang gemar merakam aksi intim ketika bersama isteri.Alasan diberikan biasanya disebabkan hubungan mereka halal dan tidak akan disebarkan kepada sesiapa dan sekadar untuk tontonan peribadi. Menurut seorang wanita, dia menyesal membenarkan suami merakamkan aksi mereka walaupun ketika itu merasakan tindakan itu normal.Bagaimanapun selepas mereka bercerai, bekas suami mengugut untuk menyebarkan video peribadi mereka.Kehidupan mangsa boleh porak peranda sekiranya video aib mereka menjadi tontonan umum. -Gambar hiasan "Dulu masa jadi isteri, saya rasa normal (rakam video intim) kerana dia selalu bekerja di luar kawasan. Alasannya untuk kepuasan dia."Tapi selepas bercerai saya rasa bodoh dan menyesal sebab dia gunakan untuk ugut saya. Kalau boleh dah tak nak ingat! Semoga dijauhkan daripada lelaki yang sudah menjadi kisah silam. "Hidup saya penuh dengan trauma. Hampir empat bulan untuk saya pulih jadi normal balik daripada separuh gila," tulis wanita itu menerusi perkongsian di Threads.Wanita dakwa bekas suami ugut mahu sebar video intim.Video itu dirakam ketika mereka masih suami isteri.Mangsa hidup tertekan apabila diugut selepas berpisah.Netizen beri pesanan elak rakam walaupun dengan pasangan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerbincangan mengenai topik itu turut dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen."Kadang-kadang ada lelaki yang suka bagi kawan-kawan tengok video dia bersama dengan isteri."Jantan gila seks yang hobi tengok porno hari-hari memang akan rakam aksi bersama bini. Ini pengaruh video pornografi."Mula-mula rakam, kemudian mula nak tukar pasangan. Itulah masalah kesihatan mental," tulis beberapa individu.ARTIKEL BERKAITAN: Rakam untuk koleksi peribadi, suami isteri terkejut video intim tersebar... Rupanya pernah jual telefon lamaARTIKEL BERKAITAN: Rasa cinta dah hilang, tapi wanita berat hati nak cerai sebab suami ugut sebar video intim"Kalau dah rakam, jangan jual telefon itu. Benda dah padam pun boleh recover balik," tulis netizen lagi.Sebagai peringatan, perbuatan menyimpan video atau bahan lucah dalam telefon bimbit atau peranti digital adalah kesalahan jenayah di Malaysia, walaupun untuk kegunaan sendiri. Pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.