suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Didakwa hilang ‘kelas’ selepas berkahwin, Ernie Zakri bahagia jadi diri sendiri

Ernie tidak mahu mengambil pusing tentang kritikan negatif diterima.

PENYANYI Ernie Zakri enggan mengambil pusing terhadap pandangan segelintir netizen yang mendakwa dirinya sudah hilang aura atau tidak mempunyai ‘kelas’ selepas mendirikan rumah tangga. 

Memilih untuk menjalani kehidupan seperti manusia normal lain, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata dia tidak terkesan dengan sebarang komen yang dilemparkan berhubung dirinya di media sosial.

"Netizen boleh kata apa mereka suka. Saya gembira dengan apa yang saya ada. Kadang-kadang itulah kalau kita kahwin akan ada isu, tak kahwin lagilah ada isu. 

"Sekarang ini saya hanya hidup seperti biasa dengan bahagia. Saya hanya tonjolkan diri sebenar. Saya tak cuba jadi orang lain. 

Ernie terima kritikan secara terbuka.

“Macam saya cakap ada yang suka dan tidak suka, tak mengapa. Selagi keluarga tahu saya masih menjaga batas itu sudah mencukupi,” katanya kepada mStar. 

Ernie berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu ‘Tak Berlagu’ OST Khadam yang diadakan di Serai Hall, KLGCC Mall, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Isnin. 

Dalam pada itu, Ernie mengakui sebagai manusia biasa dia tidak menafikan ada komen negatif ditulis menyentuh perasaannya.

Namun dia enggan mengambil hati dan menjadikan kecaman itu sebagai pemangkin semangat untuk terus berkembang dalam bidang seni.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Biru muka’ tahan nak ke tandas, Ernie Zakri jujur kongsi pengalaman sebelum buat persembahan... Lebih parah kalau pengacara cakap panjang

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri tegur sikap suka cari salah lagu baharu… “Baju raya kita pun taste berbeza, apatah lagi muzik”

"Saya hanya manusia biasa seperti orang lain bila baca komen-komen netizen. Ada juga terasa dengan beberapa perkataan (kecaman) tetapi saya cuba tidak ambil hati. Kalau tak memang boleh jadi gila. 

"Tapi dalam masa sama bersyukur maksudnya orang masih menilai saya sebagai seorang penyanyi bila saya terlibat dengan benda lain orang masih inginkan saya menyanyi. 

"Saya rasa perkara itu perlu saya syukuri kerana peminat masih sayang Ernie Zakri. Saya boleh katakan mereka sangat caring,” ujarnya. 

Pun begitu, Ernie tetap mengambil maklum sebarang kritikan yang diterima bagi memahami kehendak peminat.

"Ada input yang baik saya ambil dan bincang dengan team tentang apa peminat inginkan. 

Ernie hanya mahu memberi fokus terhadap kerjaya seni.

Ernie hanya mahu memberi fokus terhadap kerjaya seni. 

"Semua yang saya baca dekat Threads apa peminat inginkan saya bawa untuk berbincang. Saya tidak memandang remeh. 

"Saya hidup dengan kerjaya ini juga disebabkan oleh peminat. Kalau mereka tidak beri perhatian pada saya, keluar lagu baru pun orang tak nak dengar,” katanya. 

Sebelum ini, seorang peminat meminta agar Ernie memperbaiki diskografi muzik terkininya yang didakwa agak ‘berselerak’ serta lebih memberi fokus kepada hala tuju album baharu.

Hantaran di Threads itu turut mencetuskan perbincangan pengguna lain yang mendakwa selepas berkahwin, kerjaya Ernie semakin ‘serabut’ dan tidak lagi mempunyai ‘kelas’ seperti dahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain