suria

Ernie Zakri tegur sikap suka cari salah lagu baharu… “Baju raya kita pun taste berbeza, apatah lagi muzik”

Ernie yakin setiap lagu ada peminat tersendiri.

PENYANYI Ernie Zakri meminta orang ramai agar tidak menetapkan kriteria tertentu dalam penghasilan lagu raya yang kini semakin banyak dilancarkan.

Bagi Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, karya lagu bersifat sejagat dan setiap pendengar mempunyai pilihan tersendiri mengikut cita rasa masing-masing.

"Muzik ini terlalu universal. Jika kita nak letakkan sesuatu itu betul atau salah, takut nanti jadi had kepada pengkarya.

Perkongsian Ernie di Threads.

"Baju raya kita pun taste berbeza, apatah lagi muzik. Nikmati sahaja," katanya dalam satu hantaran di Threads.

Tambahnya, kepelbagaian genre lagu raya juga membolehkan pendengar membuat pilihan sendiri tanpa perlu mencari kesalahan terhadap karya-karya yang tidak disukai.

Malah, dia turut memberi contoh lagu berjudul Setahun Sekali nyanyian Amy Mastura yang masih mendapat sambutan baik sehingga hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamel dan Ernie Zakri terbang ke Hong Kong, teruja rakam muzik video Suasana Raya satu keluarga 

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada syarat tetap lancarkan lagu raya, Syamel dan Ernie Zakri raikan setiap karya baharu

"Lagu raya mana-mana pun okay, yang sesuai dengan cita rasa. Yang tak rasa kena, kita cari lagu lain.

"Kalau zaman dulu, lagu raya Setahun Sekali agak moden jika dibandingkan dengan karya lain, tetapi tetap diterima masyarakat," kongsinya.

Syamel dan Ernie tampil dengan lagu berjudul Suasana Raya. 

Dalam masa sama, dia menegaskan hantaran tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Ernie turut berharap semua pendengar dapat menikmati semua karya termasuk lagu Suasana Raya nyanyiannya bersama suami, Syamel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain