suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennie & V masih bercinta? Spekulasi kembali hangat, didakwa keluar makan bersama di LA

Jennie dan V masing mengunci mulut sehingga kini.

SPEKULASI hubungan cinta antara penyanyi Jennie Blackpink dan V BTS kembali menjadi perhatian apabila kedua-duanya didakwa pernah keluar makan bersama di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat.

Dakwaan itu tercetus selepas sebuah restoran di LA berkongsi gambar tandatangan Jennie pada dinding premis mereka menerusi satu hantaran Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, pemilik restoran mendakwa Jennie pernah berkunjung ke premis berkenaan pada November 2025 bersama V dan beberapa individu lain.

Gosip percintaan Jennie dan V kembali jadi perhatian.

Perkongsian berkenaan sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang mula mempersoalkan status hubungan kedua-dua penyanyi popular itu.

Malah, ada yang beranggapan Jennie dan V masih menjalinkan hubungan istimewa walaupun sebelum ini timbul dakwaan mereka sudah berpisah.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut turut dipertikaikan segelintir peminat yang mempersoalkan kesahihan cerita berkenaan.

Ini kerana ada pengguna media sosial mendakwa restoran terbabit pernah menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai selebriti lain sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 5 hari masuk kem tentera, V BTS dan Jennie pilih bawa haluan masing-masing

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar berjaya rakam V dan Jennie berpegangan tangan di Paris, peminat beri restu bercinta

Susulan reaksi tersebut, pihak restoran dipercayai mengubah kapsyen asal dan hanya menyatakan Jennie pernah mengunjungi premis berkenaan.

Untuk rekod, spekulasi percintaan Jennie dan V mula hangat diperkatakan pada 2022 selepas beberapa keping gambar yang didakwa memaparkan mereka bersama ketika bercuti di Pulau Jeju, Korea Selatan, tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti itu tidak pernah mengesahkan secara terbuka hubungan mereka.

Artikel Lain