Isteri pasti rasa terbeban apabila dirinya terpaksa menanggung komitmen dan keperluan rumah sepenuhnya. -Gambar hiasan AI
PENGORBANAN seorang isteri sanggup membantu menanggung perbelanjaan rumah tangga ketika suami berdepan cabaran kewangan tidak sepatutnya dibalas dengan pengkhianatan.Itu yang dihadapi seorang wanita apabila suami sendiri cuba mengambil kesempatan atas kebaikan yang ditunjukkan apabila dia menjadi penanggung nafkah utama keluarga. Ini berikutan suaminya tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak beberapa tahun lalu dan tiada usaha untuk mengubah perkara tersebut.Menggunakan duit tabungan pejabat tanpa pengetahuan umum adalah tindakan pecah amanah. -Gambar hiasan AI"Suami jenis bekerja setahun dua kali macam itu, kemudian berhenti sebab bergaduh."Jadi saya yang bekerja untuk bayar makan, segala bil, kereta dan sewa rumah. Kalau tak cukup, saya terpaksa berhutang dengan keluarga atau melalui e-dagang," luahnya di Threads.Situasi itu membuatkan dia kini terbeban dengan lambakan hutang.Apa lebih mengecewakan, semua beban yang ditanggung itu langsung tak dipandang suami sebaliknya sering merungut soal wang.Wanita mendakwa menanggung perbelanjaan keluarga sejak beberapa tahun kerana suami tidak mempunyai pekerjaan tetap.Terpaksa berhutang dengan keluarga dan platform e-dagang apabila pendapatan tidak mencukupi.Suami didakwa sering merungut, menyifatkan perkahwinan sebagai beban serta mempersoalkan penggunaan wang isterinya.Wanita mengakui menggunakan wang tunai runcit pejabat kerana terdesak, selain didesak berniaga pada hujung minggu.Rata-rata netizen menasihatinya berpisah bagi mengelakkan beban kewangan berterusan.Ringkasan ini dijana oleh AILebih menggores hati, perkahwinan mereka dianggap sebagai beban dan menyusahkannya."Suami hanya tahu merungut dan mendakwa perlu fikir tentang makan, bayaran rumah sehingga membuatkan kepalanya 'semak'. Perkahwinan kami juga dianggap menyusahkan hidupnya."Sedangkan hampir beberapa tahun ini, saya yang bayar semua komitmen," luahnya sambil mengakui telah menggunakan duit tunai runcit (petty cash) milik pejabat kerana terdesak.Kekangan kewangan yang berlaku itu juga menyebabkan suaminya sering mendesaknya untuk berniaga pada hujung minggu.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri penat jadi ‘provider’ keluarga, suami semakin selesa urus kerja rumah lepas bisnes lingkup - “Akukah tak bersyukur?”ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bergaji RM4,000 kena sara suami sihat tak nak kerja... Tambah pedih anak pula ‘berderet’ sampai 6 orang!Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia untuk berpisah dengan suami bagi mengelakkan bebanan kewangan berterusan."Sebagai lelaki, saya nasihatkan awak supaya buang je lelaki macam itu."Tak faham kenapa perempuan sanggup jadi hamba lelaki macam ini, aku lebih rela berpisah daripada tanggung lelaki sihat tubuh badan macam ini," demikian reaksi netizen.