suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri bergaji RM4,000 kena sara suami sihat tak nak kerja... Tambah pedih anak pula ‘berderet’ sampai 6 orang!

Segelintir isteri sanggup memikul tugas sebagai pencari nafkah utama dalam keluarga. -Gambar hiasan AI

HASRAT seorang ibu kepada enam anak untuk membawa keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur mencetuskan rasa bimbang ahli keluarga, lebih-lebih lagi apabila pendapatan bulanan yang dimilikinya cuma sekitar RM4,000.

Perkara itu didedahkan oleh adiknya sendiri menerusi satu hantaran di Threads, yang memaklumkan bahawa kakaknya merupakan sumber utama kewangan keluarga memandangkan si suami tidak bekerja dan hanya menguruskan anak-anak di rumah.

"Berbaloi ke kalau kakak aku nak pindah ke Kuala Lumpur dengan suami dan enam orang anak? Dia seorang je yang bekerja dengan gaji RM4,000 sebab suami tiada kerja.

Isteri melakukan tanggungjawab sebagai suri rumah selepas waktu bekerja. -Gambar hiasan AI

Isteri melakukan tanggungjawab sebagai suri rumah selepas waktu bekerja. -Gambar hiasan AI

"Anak-anak semua dah bersekolah kecuali yang bongsu dan hanya ada sebuah kereta saja, aku bimbang takut dia tak cukup," luahnya di Thread.

Tegas individu berkenaan, dia bukan mahu menghalang, cuma kasihan memikirkan beban kewangan kakaknya yang perlu menanggung lapan beranak di Kuala Lumpur.

Situasi itu makin merisaukan apabila kakaknya kerap meminjam wang pada setiap bulan disebabkan kos sara hidup sedia ada yang sering tidak mencukupi.

  • Ibu enam anak berhasrat bawa suami dan anak-anak pindah ke Kuala Lumpur dengan pendapatan sekitar RM4,000 sebulan.
  • Wanita itu menjadi pencari nafkah tunggal, suami mengasuh anak dan uruskan persekolahan.
  • Adiknya bimbang pendapatan tersebut tidak mencukupi untuk tanggung kehidupan lapan beranak di KL.
  • Menurut adiknya, wanita itu sudah pun meminjam wang setiap bulan bagi menampung perbelanjaan keluarga.
  • Netizen mempersoalkan kemampuan keluarga itu hidup di Kuala Lumpur, malah ada yang mencadangkan perpisahan atas isu nafkah.

Menurutnya, abang ipar bukanlah orang kurang upaya (OKU) tetapi memilih untuk menjadi househusband kerana mahu menjaga anak-anak dan menguruskan persekolahan mereka.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya menyatakan pendapatan tersebut tidak mampu untuk menanggung kehidupan lapan beranak di ibu kota.

Malah tidak kurang juga yang mencadangkan supaya kakaknya memohon fasakh berikutan tidak dinafkahi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah 1k sebulan tak pernah ‘miss’, tapi suruh isteri bayar macam-macam - “Dia punya feeling macam bagi RM10,000”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sedih duit STR bakal ‘dirampas’, suami gaji RM4,000 minta bahagi dua! - “Saya mohon untuk suri rumah”

"Suruh dia minta cerai je, lelaki yang tak bekerja ni memang lemah dan jumlah RM4,000 untuk tampung hidup lapan orang di Kuala Lumpur tak cukup.

"Tak cukup, Kalau dia pindah juga, awak kena buat keras dan jangan pinjamkan duit lagi. Biar dia dan suami faham kerasnya hidup di Kuala Lumpur, memang tak boleh jika seorang saja bekerja.

"Orang bujang yang gaji RM4,000 pun rasa cukup-cukup je, inikan pula ada lapan mulut nak isi," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain