Platform media sosial menjadi antara medium mudah untuk melakukan proses jual beli pelbagai barangan termasuk kenderaan. -Gambar hiasan AI
MENGIKLANKAN motosikal untuk dijual sudah pasti akan membuka ruang kepada pelbagai pertanyaan daripada bakal pembeli.Berkongsi cerita tentang proses berkenaan, seorang pemuda berkata dia bercadang menjual motosikal Yamaha MT-15 miliknya kerana mahu beralih kepada jentera dengan kapasiti enjin (CC) lebih besar. "Aku promosikan motosikal Yamaha MT15 sebab nak upgrade CC. Ada seorang ni hubungi aku. Katanya orang Pulau Pinang yang tinggal di Sabah. Pencinta dua roda akan menjaga kenderaan mereka dengan baik. -Gambar hiasan AI"Tapi apabila dihubungi, pekat betul loghat Indonesia," katanya memulakan cerita di Thread.Namun kerana berpegang teguh kepada jati diri, dia enggan menjual motosikalnya kepada warga asing itu.Namun, pemuda itu meluahkan rasa terkejut apabila dia sekali lagi diuji dengan pelanggan bukan rakyat tempatan.Kali ini individu berkenaan berhasrat membeli motosikalnya secara tunai pada harga RM13,000.Lelaki mengiklankan Yamaha MT-15 pada harga RM13,000 kerana mahu beralih kepada motosikal berkapasiti enjin lebih besar.Dia meragui dua bakal pembeli yang mengaku rakyat tempatan selepas mendengar loghat mereka.Seorang lagi bakal pembeli menawarkan bayaran tunai dan memperkenalkan diri sebagai “Myanmar, UN”.Pengadu menegaskan pendiriannya tidak mahu menjual motosikal kepada warga asing.Netizen membangkitkan kebimbangan tentang hak warganegara serta urusan pendaftaran dan pertukaran hak milik motosikal.Ringkasan ini dijana oleh AI"Ada pula orang Rohingya mesej cakap nak beli motosikal secara tunai, RM13,000. Ingatkan pakcik-pakcik pencen nak beli untuk cucu."Apabila jawab panggilan, dia dengan bangga mengaku... saya Myanmar, UN (United Nation)," ceritanya lagi.Dalam masa sama pemuda itu turut meluahkan kebimbangan mengenai kehadiran etnik berkenaan di beberapa bandar utama, termasuk Selayang di Kuala Lumpur dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang."Dasar Pandang ke Timur nampaknya dah berubah jadi Dasar Pandang ke Arakan... mereka makin memonopoli kawasan bandar," katanya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita puji jiran Rohingya pembersih, jaga solat... Luah rasa tak puas hati pelarian lain buat onar di MalaysiaARTIKEL BERKAITAN: Gadis Rohingya ‘membuang’ atas katil, meronta dah tak tahan nak bersalin... Jururawat periksa bukaan baru 3cm!Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya turut meluahkan kebimbangan tentang hak warganegara."Mereka jual sireh pun boleh hidup di sini. Semua bantuan dapat, subsidi pun sakau. "Mereka pun rasa kebal dengan kad UNHCR, sebab tu sebut sangat UN."Memang dia bayar tunai tapi tak mahu tukar nama sebab secara teknikal memang tak boleh daftar guna dokumen UNHCR," demikian reaksi netizen.