BAGI sesetengah individu, menjejakkan kaki ke menara gading merupakan satu impian yang dinanti-nantikan selepas menimba ilmu di bangku sekolah.Namun, tidak semua mampu melalui fasa tersebut dengan mudah berikutan pelbagai cabaran dan kekangan emosi yang terpaksa dihadapi. Seorang gadis tampil berkongsi kisahnya yang mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian di sebuah universiti awam kerana tidak mampu menanggung beban emosi, selain mahu memberi fokus kepada proses pemulihan kesihatan mental."Salahkah kalau tarik diri dari universiti dulu? Sebab universiti terlalu berat untuk saya selepas baru sahaja pulih daripada anxiety terhadap kematian, kemurungan dan serangan panik?" luahnya.Menurut gadis berkenaan, rutin harian sebagai seorang pelajar universiti dirasakan terlalu mencabar buat dirinya yang pernah didiagnos dengan kemurungan.Tekanan emosi yang berpunca daripada pelbagai faktor menjadi antara punca kemurungan. -Gambar hiasan"Saya seorang yang cerewet tentang makanan, jadi dengan makanan kafe tak ngam sangat. "Kemudian, cuaca sangat panas dan perjalanan nak pergi kelas sangat jauh, jadi terus rasa gelisah dan nak nangis," kongsinya dalam satu luahan di Threads.Selain masalah persekitaran, dia turut mengakui berdepan masalah kurang keyakinan diri terhadap penampilan apabila membandingkan dirinya dengan rakan-rakan lain.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengeluh kerja dengan Gen Z! Manja, ditegur cepat sentap... Tahu-tahu resign, sindir senior di media sosialARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan bekerja, pemuda ‘slow learner’ tak tahan hari-hari kena marah dengan senior... Mengaku jenis manja"Saya juga sangat insecure tentang rupa paras. Saya langsung tak pandai nak bersolek, jadi tengok orang lain pandai make-up dan nampak cantik terus rasa rendah diri."Saya sangat lemah dan kurus. Saya tak tahu sama ada saya mampu melalui semua ini. Tolong jangan hakimi saya. Saya cuma perlukan sedikit masa untuk pulih sebelum kembali menyambung pengajian," katanya lagi.Malah, pengadu juga mengakui tidak kisah sekiranya ada yang menganggap dirinya terlalu manja kerana memilih untuk memberi ruang kepada diri sendiri."Nak panggil manja, saya tak kisah," ujarnya.Seorang gadis memilih menangguhkan pengajian di universiti awam kerana beban emosi yang dihadapinya.Ujarnya, kehidupan di universiti terlalu berat selepas baru pulih daripada kemurungan, kebimbangan dan serangan panik.Cuaca panas, perjalanan jauh ke kelas serta makanan kafeteria turut membuatkan dirinya berasa tertekan.Dia juga mengakui berdepan rasa rendah diri terhadap penampilan dan keadaan fizikalnya.Warga maya menyarankan gadis itu mendapatkan bantuan pakar serta memberi ruang kepada diri untuk pulih.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, warga maya tampil dengan pelbagai reaksi namun rata-ratanya menyarankan supaya dia mendapatkan bantuan pakar bagi menangani masalah yang dihadapinya."Pergi je klinik kesihatan, cakap nak buat ujian DASS (Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan), kemudian akan dapat tarikh kaunseling dan jumpa psikiatri."Usah fikir orang lain, tapi jangan lepaskan peluang belajar di universiti nanti okay."Awak tak boleh ubah persekitaran, tapi awak kena biasakan untuk menyesuaikan diri perlahan-lahan," demikian antara komen netizen.