SIMPATI melihat ibu menguruskan pelbagai hal rumah tangga seorang diri mendorong seorang individu meluahkan rasa kecewa terhadap sikap bapanya yang didakwa sering gagal melaksanakan tugas mudah di rumah.Malah katanya, perkara itu berlaku berulang kali sehingga dia menganggap bapanya sengaja menunjukkan sikap kurang cekap supaya bantuannya tidak lagi diperlukan. "Ayah aku ni gambaran sebenarnya maksud weaponize incompetence (berpura-pura tidak tahu), benci betul tengok kebodohan dia tu."Selalu buat mak aku marah. Mak aku kirim beli ayam goreng, dia beli semua bahagian isi dada sedangkan dia tahu mak aku suka paha," luahnya di Thread.Ramai yang menganggap tugasan rumah adalah tanggungjawab isteri semata-mata. -Gambar hiasan AILebih mengejutkan apabila dia mendedahkan bahawa bapanya pernah membeli daging dan sayur busuk kerana enggan terus disuruh melakukan pembelian barang dapur.Situasi yang berlaku itu menyebabkan ibunya terpaksa mengambil alih pelbagai urusan keluarga."Mak aku ni enabler kebodohan ayah aku, akhirnya dia buat semua perkara sendiri sebab ayah aku tak boleh diharap."Terus mak aku jadi maskulin, semua atas kepala dia sebab ayah aku buat-buat bodoh sampai aku sendiri pun benci lelaki macam tu," adunya lagi.Individu meluahkan rasa geram terhadap bapanya yang didakwa sengaja tidak cekap melakukan tugasan rumah.Bapanya didakwa membeli ayam bahagian tidak digemari ibu serta membawa pulang sayur dan daging busuk.Sikap itu menyebabkan ibunya terpaksa menguruskan segala urusan keluarga sendiri.Pengadu berasa bersalah kerana marah terhadap bapa, namun lega mempunyai suami yang boleh diharap.Netizen bersimpati terhadap ibunya dan mengecam tindakan yang membazirkan wang serta makanan.Ringkasan ini dijana oleh AIMeskipun dihimpit rasa geram terhadap bapa sendiri, individu berkenaan mengakui timbul perasaan bersalah dan berdosa kerana membenci sikap dan perbuatan bapa kandungnya itu.Dalam pada itu, dia turut melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang disifatkannya bertanggungjawab serta boleh diharap.Pengalaman pahit membesar melihat ibunya terpaksa berdikari seorang diri diakui menjadi pengajaran terbesar buat dirinya dalam memilih pasangan hidup.ARTIKEL BERKAITAN: Pantang nampak anak perempuan santai terus minta cekodok, teh tarik... Gadis benci bapa memperhamba anak sendiri!ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah manusia paling saya benci!” - Anak dah tak tahan tengok ibu menderita, bertahun jadi hamba bapa pemalas dan baranHantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya turut meluahkan rasa simpati terhadap ibunya kerana perlu berhadapan dengan sikap suami yang tak membantu."Masak je barang yang dia beli busuk-busuk tu... dia yang bawa balik."Sanggup jadi bodoh sebab tak mahu disuruh tapi tak fikir ke perbuatan bodoh tu akan membazirkan duit dan makanan," demikian reaksi netizen.