Menggalas peranan sebagai anak sulung bukannya mudah, lebih-lebih lagi apabila terpaksa memikul beban menjaga keluarga bersendirian. -Gambar hiasan AI
MENGGALAS tanggungjawab sebagai ketua keluarga bukan tugas mudah, lebih-lebih lagi apabila beban menjaga ibu yang uzur dan adik-adik terpaksa dipikul sejak usia muda.Pengalaman pahit itu dikongsikan seorang gadis yang terpaksa mengambil alih peranan utama dalam keluarga selepas ibu dan bapanya bercerai. Menurut gadis itu, bapanya tergamak meninggalkan ibunya yang kini lumpuh akibat kemalangan, sekali gus memaksa dia menggalas bebanan itu seorang diri.Sikap bapa yang lepas tangan pastinya memberi bebanan emosi yang amat mendalam buat seorang anak. -Gambar hiasan AI"Ayah tinggalkan sebab ibu lumpuh berpunca daripada kemalangan dan sejak itu saya jadi ketua keluarga. "Lepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya kerja dan tanggung dua adik yang masih memerlukan perhatian," katanya.Namun, duka yang ditanggung semakin berat apabila dia berdepan ujian selepas terlibat dalam kemalangan motosikal sehingga menyebabkan cermin matanya pecah.Disebabkan kesempitan wang untuk mendapatkan cermin mata baharu, dia memberanikan diri menghubungi bapanya bagi meminta sedikit bantuan.ARTIKEL BERKAITAN: Lepas setahun lari daripada tanggungjawab, ibu balik rumah hantar kad kahwin... Maka terjadilah ‘drama’ depan pintuARTIKEL BERKAITAN: “Kau anak aku ke?” - Dunia terus gelap, gadis meraung bapa tak mengaku darah daging gara-gara minta RM250"Jawapan dia bagi sangat pedih. Dia kata... aku bukan bapa kau lagi. Sedih betul ayat tu keluar daripada mulut seorang ayah."Saya tak kisah pun jika dia tak nak bagi (duit). Saya cakap nak pinjam RM250 dan akan bayar apabila dapat gaji, terus dia letak telefon," katanya.Gadis itu menambah, dia sebenarnya tidak pernah mengharapkan apa-apa daripada lelaki berkenaan, sebaliknya cukuplah sekadar keprihatinan seorang bapa yang mahu bertanya khabar tentang keadaan dirinya, ibu serta adik-adik.“Cukuplah dia kata tak boleh. Jangan sampai tak mengaku bukan bapa kepada anak-anak dia.“Cukuplah dia tanya keadaan saya okey atau tidak. Itu saja dah buat saya rasa dihargai sebagai anak,” katanya.Bapa meninggalkan ibu selepas wanita itu lumpuh akibat kemalangan.Gadis terbabit menjadi ketua keluarga dan menanggung dua adiknya selepas tamat SPM.Dia terjatuh motosikal hingga cermin mata pecah sebelum meminta bantuan bapanya.Bapa didakwa enggan membantu dan berkata, “Aku bukan bapak kau lagi.”Gadis itu mengaku penat dan hanya berharap bapanya bertanya khabar keadaan mereka.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurutnya, dia sudah terlalu penat memikul tanggungjawab keluarga seorang diri sehingga kadangkala merasakan segala pengorbanannya seolah-olah tidak dihargai.“Saya penat sangat-sangat. Kepenatan saya rasa macam sia-sia apabila tak ada siapa ambil tahu dan peduli.“Saya rasa nak keluar dari rumah ini, tinggalkan ibu dan adik-adik,” katanya.Lebih mengecewakan, gadis itu mendakwa bapanya tidak pernah bertanya keadaan mereka termasuk sama ada mereka cukup makan atau tidak.Katanya, bapanya kini lebih memilih untuk memberi perhatian kepada keluarga baharunya.“Ibu tak pernah ajar kami membenci dia walaupun dia tinggalkan ibu macam itu saja,” katanya.