suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingat anak tunggal, lelaki terkejut bapa fail saman tuntut semula tanah pusaka... Rupanya ada dua lagi adik-beradik tiri!

Perkara berkaitan harta pusaka boleh merenggangkan hubungan keluarga. -Gambar hiasan AI

MERAHSIAKAN status perkahwinan lain daripada ahli keluarga boleh mencetuskan konflik berpanjangan, terutama apabila ia membabitkan isu agihan harta.

Pengalaman pahit itu dilalui seorang lelaki apabila dia tiba-tiba menerima surat saman berhubung tanah rumah yang sudah dipindah milik kepadanya secara sah, sekali gus membongkar rahsia si bapa rupanya mempunyai dua lagi anak lelaki lain.

Menurut lelaki itu, sejak dilahirkan dia tidak pernah mengetahui bapanya mempunyai zuriat lain selain dirinya.

Perebutan harta pusaka akan berlaku apabila kematian ibu bapa. -Gambar hiasan AI

Perebutan harta pusaka akan berlaku apabila kematian ibu bapa. -Gambar hiasan AI

“Sejak lahir kami tak pernah tahu ayah aku ada anak lelaki lain selain aku.

“Beberapa tahun lepas, ayah aku pindah milik geran tanah rumah kami secara sah atas nama aku.

"Dia kata sebagai jaminan sebab dari kecil aku yang usahakan tanah itu, jaga keluarga semua,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Warisi rumah pusaka, wanita dalam dilema abang tiri paksa jual padanya... Siap minta ‘harga adik-beradik’

ARTIKEL BERKAITAN: Kubur ayah masih ‘merah’, ibu saudara pula sibuk fasal harta... Peguam pesan ‘makcik’ tiada hak, ada anak lelaki sebagai waris

Menurutnya, dia turut membayar sejumlah wang untuk tanah tersebut setiap bulan atas permintaan bapanya sejak 2017.

Malah selepas berkahwin, dia masih menanggung perbelanjaan keluarga termasuk makan minum, bil dan urusan kesihatan bapanya.

“Ayah aku memang tak pernah bagi nafkah anak bini. Aku siap bayar sejumlah wang untuk tanah itu setiap bulan sebab ayah aku minta.

“Makan minum, sakit atau tidak, bil semua aku yang masih bayar walaupun dah kahwin,” katanya.

Bagaimanapun, kehidupannya berubah selepas menerima surat saman daripada bapanya sendiri yang mahu menuntut semula tanah berkenaan untuk dibahagikan kepadanya dan dua lagi anak lelaki lain.

“Aku speechless. Sejak lahir sampai sekarang aku tinggal dengan ayah. Tak pernah ayah aku bagitahu dia ada anak lelaki lain,” katanya.

Kecewa dengan keadaan itu, dia mempersoalkan tindakan bapanya mendapatkan semula tanah yang menjadi tempat tinggalnya selama ini.

“Kalau nak bagi harta kepada mereka pun, kenapa nak minta tanah yang aku tingga; dan usahakan dari kecil? Tanah yang sah milik aku.

“Bukan sikit duit aku habis dari kecil tanggung keluarga bagi selesa. Ayah aku tak pernah keluarkan satu sen,” katanya.

Lebih mengecewakan, dia mendakwa bapanya turut menanggung kos guaman bagi mendapatkan semula tanah tersebut untuk diberikan kepada anak-anaknya yang lain itu.

Dalam pada itu, lelaki terbabit berkata dia terpaksa menggunakan hampir semua simpanannya untuk mendapatkan khidmat peguam bagi mempertahankan haknya.

“Ayah sakit, keluar masuk hospital baru-baru ini pun aku yang uruskan dan jaga walaupun selepas kena saman. Aku yang bagi duit,” katanya.

  • Tanah dipindah milik kepadanya sejak beberapa tahun lalu.
  • Lelaki dakwa tanggung keluarga sejak kecil.
  • Dia tidak tahu bapanya mempunyai dua lagi anak lelaki.
  • Bapa mahu tanah itu dibahagikan kepada anak-anak lain.
  • Lelaki terpaksa keluarkan simpanan untuk kos guaman.

Pemuda itu mengakui tidak memahami perubahan sikap bapanya yang kini berusia lebih 70 tahun, namun memilih untuk menyerahkan segala urusan kepada Allah.

“Aku tak faham apa yang jadi sampai ayah aku berubah. Umur dia pun dah 70 lebih. Hanya Allah tahu permainan manusia yang tamak, bertopengkan kewarakan di luar,” katanya.

Mengakhiri perkongsiannya, pemuda itu berharap urusannya dipermudahkan serta terus diberikan kekuatan untuk menjaga bapanya walaupun berdepan konflik berhubung tanah berkenaan.

“Semoga Allah permudahkan keadilan. Jalan ke syurga memang penuh liku. Semoga tabah untuk berbakti walaupun dikhianati kerana hidup tiada pilihan.

“Doakan aku murah rezeki. Allah ganti setiap yang hilang dengan lebih baik,” katanya.

Artikel Lain