suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kubur ayah masih ‘merah’, ibu saudara pula sibuk fasal harta... Peguam pesan ‘makcik’ tiada hak, ada anak lelaki sebagai waris

Harta pusaka sering menjadi punca perbalahan keluarga. -Gambar hiasan AI

KEHILANGAN insan tersayang bukan sahaja meninggalkan kesedihan mendalam tetapi boleh membuka ruang kepada pertelingkahan keluarga yang biasanya berkaitan pembahagian harta pusaka.

Apa lebih menyakitkan apabila waris masih belum sempat menerima hakikat kematian tetapi sudah dihimpit desakan pihak tertentu yang mahu menuntut hak harta peninggalan si mati.

Itulah situasi dialami wanita ini apabila ibu saudaranya asyik membangkitkan tentang harta pusaka arwah bapanya yang baru lima hari meninggal dunia.

"Ayah aku baru sahaja meninggal dunia lima hari. Mak dan ayah sudah bercerai manakala datuk serta nenek pun sudah lama meninggal dunia.

Kehilangan insan yang tersayang pasti meninggalkan kesan mendalam. -Gambar hiasan AI

Kehilangan insan yang tersayang pasti meninggalkan kesan mendalam. -Gambar hiasan AI

"Kami adik-beradik ada dua lelaki dan tiga perempuan, jadi harta ayah sebenarnya siapa yang layak?

"Makcik-makcik sebelah ayah dan kelam kabut nak rebut harta, nak ambil itu dan ini," luahnya di Threads.

Kusut dan tertekan dengan situasi tersebut, dia turut meluahkan keinginan untuk 'mengikut' arwah keran tidak tahan dengan 'drama' merebut harta.

  • Seorang wanita kehilangan bapanya yang baru lima hari meninggal dunia.
  • Dia mendakwa ibu saudara sebelah arwah mula membangkitkan isu pembahagian harta pusaka.
  • Arwah meninggalkan lima anak iaitu dua lelaki dan tiga perempuan.
  • Konflik tersebut menyebabkan wanita itu tertekan ketika masih bersedih atas pemergian bapanya.
  • Netizen menasihatinya supaya tidak menyerahkan dokumen atau aset arwah sebelum urusan pusaka diselesaikan melalui saluran yang betul.

"Stres, hati sedang berduka, rasa paling sakit sampai nak menangis pun tak mampu.

"Ingat dalam drama sahaja perkara seperti ini terjadi, rupanya berlaku kepada diri sendiri. Rasa seperti mahu ikut ayah mati,” luahnya lagi.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang bersimpati dengan nasib dirinya dan adik-beradik.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang ipar punca empat beradik berantakan... Bolot tanah pusaka, bina rumah sampai ‘makan’ bahagian waris lain

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun bapa sakit tak datang jenguk, lepas meninggal ‘melalak’ tuntut harta... Paling sadis lapor polis tuduh ibu songlap duit arwah

Tidak kurang juga menasihatinya supaya tidak menyerahkan sebarang dokumen atau aset arwah kepada mana-mana pihak sebelum urusan pusaka diselesaikan melalui saluran yang betul.

"Saya peguam yang menguruskan banyak kes pusaka, berdasarkan cerita awak ini, waris yang tinggal adalah anak-anak.

"Makcik dan pakcik bukan waris sebab ayah awak ada anak lelaki.

"Ayah awak ada anak lelaki, jadi tertutup semua peluang makcik dan pakcik awak nak ambil harta itu," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain