suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Graduan baharu ‘culture shock’ kerja di MNC, menangis setiap malam walaupun gaji RM5,000... Paling sedih dipinggirkan rakan sepejabat

Pekerja baharu sering mengalami tekanan ketika menyiapkan tugasan yang diterima. -Gambar hiasan AI

MENDAPAT peluang pekerjaan sejurus menamatkan pengajian sememangnya menjadi detik diharapkan setiap graduan.

Ia lebih bermakna apabila graduan berjaya mendapat tempat di syarikat multinasional (MNC) dengan tawaran gaji permulaan yang lumayan.

Namun di sebalik pendapatan RM5,000 sebulan, seorang graduan baharu mengakui dirinya tertekan sehingga sering menangis selepas pulang dari tempat kerja.

"Hampir tiga bulan bekerja di MNC, orang selalu cakap saya patut bersyukur tapi hakikatnya saya menangis hampir setiap malam sebab takut nak pergi kerja.

"Hari Ahad paling saya takut sebab esoknya Isnin," luahnya di Threads.

Suasana di tempat kerja boleh mempengaruhi prestasi seseorang. -Gambar hiasan

Suasana di tempat kerja boleh mempengaruhi prestasi seseorang. -Gambar hiasan

Menurutnya, tekanan dialami berpunca daripada kurangnya bimbingan sejak mula bekerja sehingga menyukarkannya proses menyesuaikan diri dengan tugasan diberikan.

Lebih memnyedihkan dia akan dipandang seperti 'dungu' selepas cuba mendapatkan maklumat terperinci mengenai tugasan diberikan.

Tidak hanya itu, dia sering dilabel lemah dan dikritik dengan kata-kata dah ada degree, figure out sendiri disebabkan kesilapan dilakukan. 

"Apabila ada masalah, nama saya akan 'dicampak' dahulu dan kerja makin bertambah sehingga selalu balik lewat.

"Tapi tak boleh claim OT (kerja lebih masa) dan ada masa terpaksa skip makan tengah hari sebab terlalu banyak deadline dalam satu hari," tambahnya.

  • Graduan baharu tertekan walau terima gaji hampir RM5,000 di sebuah syarikat MNC.
  • Dia mendakwa tidak diberikan bimbingan mencukupi dan sering dipersalahkan.
  • Beban tugas menyebabkannya kerap pulang lewat, tidak dapat menuntut OT dan terpaksa mengabaikan waktu makan tengah hari.
  • Dia turut berasa dipinggirkan oleh rakan sekerja.
  • Walaupun mahu berhenti, dia perlu bertahan kerana menjadi tulang belakang keluarga dan menanggung empat adik yang masih belajar.

Tidak hanya itu, pengadu turut mendakwa dia dipinggirkan yang menambah rasa sakit selain bebanan kerja yang tidak berkesudahan.

Jelasnya, rakan sepejabat sering makan bersama dalam satu kumpulan manakala kehadirannya seolah-olah tidak wujud.

"Saya sudah banyak kali cuba ambil inisiatif dengan menegur mereka dan cuba bergaul atau berbual tapi tetap rasa disisihkan.

"Kebanyakan perbualan dan mesyuarat pula menggunakan bahasa Mandarin jadi saya langsung tak faham apa dibincangkan dan hanya mampu duduk diam," tambahnya yang merupakan tulang belakang keluarga selepas kematian ayahnya.

Malah katanya, dia tidak mempunyai pilihan lain sekiranya berhenti kerja kerana sukar mendapat peluang pekerjaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan politik ofis di syarikat multinasional, lelaki ini senarai 6 ‘spesies’ manusia buat dirinya nekad resign... jujur jawab ‘Exit Interview Form’

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita stres syarikat MNC amal peraturan pelik, dilarang minum kopi di meja kerja... Paling tak masuk akal, sisa makanan kena bawa balik!

Tambahan pula, empat orang adiknya sedang belajar dan memerlukan sokongan kewangan.

Perkongsiannya itu mengundang rasa simpati daripada warga maya.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman dan nasihat agar dia dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan tersebut.

"Jangan berhenti kerja, kuatkan hati sebab jadi lone-ranger ini kadang-kadang lebih mudah.

"Itulah sebenarnya gambaran serba sedikit kerja MNC yang menjadi kegilaan anak muda," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain