suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Marah sebab tak dapat pencukur, suami samakan isteri dengan haiwan haram dimakan! - “Dia cakap perangai saya bodoh”

Perselisihan faham adalah lumrah dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

PERSELISIHAN faham dalam rumah tangga adalah lumrah, namun tindakan sesetengah pasangan yang sewenang-wenangnya memilih untuk mengeluarkan kata-kata kesat boleh meninggalkan kesan emosi.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas dimaki suaminya hanya kerana tidak mendengar panggilan telefon ketika dia sedang fokus menggosok pakaian.

Menurut wanita itu, ketika kejadian suaminya sedang mandi dan memanggilnya untuk mengambil pencukur (shaver), namun dia langsung tidak mendengar.

Pergaduhan fizikal dan kata-kata makian tidak wajar dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Pergaduhan fizikal dan kata-kata makian tidak wajar dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Dia panggil saya suruh ambilkan shaver, dia tak keluar sebab ada mak dengan makcik dekat ruang tamu. Saya pula tak dengar dia panggil lepas tu dia cuba hubungi melalui telefon dan mesej.

"Tapi saya memang tak dengar, sebab bunyi telefon perlahan dan dekat dengan televisyen," kongsinya di media sosial.

Katanya, suaminya yang hilang sabar kemudian keluar dari bilik air dan terus menghamburkan perkataan kesat, sekali gus membuatkan dia terkejut kerana tidak menyedari punca sebenar kemarahan lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang baca mesej tergantung di WhatsApp, wanita ‘naik hantu’ cekik suami disangka curang - “Siapa suruh jawab tak tahu!”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita makan hati sikap suami, tak puas hidup membujang asyik ke pusat snuker... Isteri sakit pun anggap benda kecil

"Dia terus maki saya babi. Saya tanya kenapa keluar tandas terus marah-marah. Dia suruh saya tengok berapa kali dia telefon dan hantar mesej.

"Saya sambung gosok baju dia, tapi dia terus membebel dan cakap perangai saya bodoh sebab biarkan dia tunggu lama dalam tandas sampai berpeluh semula," katanya.

Tambah wanita itu, suaminya turut mendakwa dia sengaja menunjukkan muka berlagak tidak bersalah, selain menegaskan sikap sedemikian tidak akan dapat diterima oleh mana-mana lelaki sekalipun.

"Padahal saya bukan buat muka, saya cuma terkejut sebab tiba-tiba kena maki tanpa tahu apa salah saya.

"Saya terasa hati sangat sampai nak menangis, jadi saya hanya diam dan sambung gosok baju. Lepas masuk bilik pun dia masih membebel," katanya.

  • Wanita dimaki suami selepas tidak mendengar panggilan telefon ketika menggosok baju.
  • Suami berang kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pencukur ketika mandi.
  • Wanita mengakui terkejut dan terluka apabila dipanggil dengan kata-kata kesat.
  • Dia tertanya-tanya sama ada perlu meminta maaf walaupun dimaki.
  • Perkongsian itu mengundang kecaman netizen terhadap tindakan suaminya.

Meskipun faham tanggungjawab seorang isteri yang perlu mengakui kesilapan, wanita ini bagaimanapun buntu dan tertanya-tanya sama ada dia masih wajar memohon maaf selepas diperlakukan secara kasar sedemikian.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang rata-rata marah dengan tindakan lelaki itu memaki isterinya dengan perkataan sedemikian.

"Dah tahu isteri tak dengar, kenapa dia tak boleh keluar je dari tandas dan ambil sendiri? Tak payah la nak maki.

"Sabar ye puan. Pengajaran dekat sini untuk semua, janganlah latih diri kita daripada memaki hamun. Bimbang jadi kebiasaan dalam rumah tangga," kata warga maya.

Artikel Lain