Hubungan antara rakan sekerja sewajarnya kekal profesional untuk mengelakkan sebarang konflik. -Gambar hiasan AI
SIKAP saling percaya menjadi asas paling utama agar sesuatu hubungan yang dibina kekal berpanjangan dan harmoni.Namun, biarpun rasa saling percayaantara satu sama lain itu wujud, ikatan percintaan tetap boleh diuji apabila melibatkan soal batas pergaulan, sebagaimana situasi dikongsikan seorang wanita ini. Menerusi satu hantaran di Threads, wanita tersebut meluahkan rasa bimbang dan kurang selesa apabila teman lelakinya mudah mesra dengan rakan sekerja perempuan.Rakan sekerja terutamanya yang berlainan jantina sewajarnya menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan AI"Normal ke kalau teman lelaki anda keluar makan dengan kawan-kawan office perempuan? Dulu saya tak kisah sangat, tapi sekarang hampir setiap hari."Walaupun ada rakan lelaki lain, saya tetap tak suka. Teman lelaki saya jenis peramah dan mudah buat orang rasa selesa."Jadi saya bimbang kawan perempuan dia pula terlebih selesa, walaupun dia tak ada niat apa-apa," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN:Wanita dilema dapat teman lelaki ’soft spoken’, jaga solat tapi tak cakna... Tunjuk sikap sambil lewa bila mengadu kereta rosakARTIKEL BERKAITAN:Sejarah ‘prompt’ ChatGPT asbab rahsia lelaki curang terbongkar! Wanita meraung dapat tahu BF pemurah rupanya suami orangBagi mengukuhkan keraguan itu, pengadu turut berkongsi beberapa situasi yang membuatkan dia berasa 'tergugat' dengan cara teman lelakinya melayani rakan sekerja wanita di pejabat."Saya ada terbaca satu chat dengan kawan dia. I'mhaving the worst day today, nak malatang. Lepas tu teman lelaki saya balas...jom."Dia pun tumpangkan officemate perempuan lain pergi tapak projek. Walaupun jarak dekatdan tak lama pun berdua dalam kereta,dia tetap tak beritahu saya.Seorang wanita meluahkan rasa bimbang apabila teman lelakinya dilihat mudah mesra dengan rakan sekerja perempuan.Dia mengakui percaya kekasihnya tidak berniat curang.Namun dia risau sikap teman lelaki membuatkan wanita lain terlalu selesa.Dia tertanya-tanya sama ada perasaannya itu normal.Netizen menyarankan pasangan itu berbincang secara terbuka dan tidak dipendam.Ringkasan ini dijana oleh AI"Normal ke kalau saya rasa sakit hati?" luahnya lagi sambil meminta pandangan warga maya.Di ruangan komen, netizen tampil dengan reaksi pelbagai dengan segelintir daripadanya meminta dia lebih tegas kerana ia melibatkan batas pergaulan.Namun ramai menyarankan agar isu berkenaan dibincangkan secara terbuka bagi mengelakkan salah faham dan tidak seharusnya dipendam.