suria

Wanita dilema dapat teman lelaki ’soft spoken’, jaga solat tapi tak cakna... Tunjuk sikap sambil lewa bila mengadu kereta rosak

Hubungan yang berkekalan memerlukan kesefahaman antara satu sama lain. -Gambar hiasan

DEMI pujaan hati, lautan api sekalipun sanggup direnangi.

Hubungan yang sihat adalah apabila seseorang itu tidak berkira dan bersedia berkorban untuk melihat pasangannya gembira.

Namun melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang gadis menzahirkan rasa kecewa dengan pasangannya yang dikatakan mengambil enteng tentang hubungan mereka.

Wanita mahukan lelaki yang mampu untuk bertanggungjawab. -Gambar hiasan

Meskipun begitu, gadis tersebut bertegas bahawa teman lelakinya itu lengkap dalam segenap aspek tetapi hanya kerana satu kelemahan, ia membuatkannya tawar hati.

"Lelaki yang aku tengah dalam relationship ni baik orangnya, jaga solat, lembut percakapan dan dia selalu cakap dia sayang aku. Cuma aku tak letak harapan tinggi sangat sebab kami masih baharu.

"Walaupun hubungan kami dikira setahun jagung, kami sebenarnya dah ada perancangan nak berkahwin, tapi segalanya berubah apabila sampai satu hari ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hati ‘tersakiti’ ditegur pukul rata semua wanita... Bahaya cedok tafsir al-Quran tak ikut konteks sebenar!

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun LDR, hati wanita ini mula goyah berjauhan dengan ‘boyfriend’... Lebih parah tersuka suami orang!

"Kereta aku tiba-tiba rosak, aku pun terus WhatsApp dia nak beritahu. Sebagai makluman, kami ni boleh dikira sebagai perhubungan jarak jauh (LDR), dari Putrajaya ke Ampang, Kuala Lumpur macam tu.

"Lepas tu, dia pun tanya aku okay ke dan nak buat macam mana kereta tu? Aku cakap aku tengah cuba cari nombor mekanik dan nak hantar ke bengkel," imbas gadis itu mengenai kejadian tersebut.

Menurut gadis berkenaan, respons teman lelakinya itu disifatkan sebagai bersambil lewa dan perkara tersebut mengguris hatinya, lebih-lebih lagi ketika harinya yang kurang bernasib baik.

Jangan sesekali mudah cair dengan kata-kata manis, tengok pada actions lelaki... hanya itu yang boleh percaya.

WARGA MAYA

"Selepas aku dah beritahu dia kereta rosak, dia balas lambat. Aku tak berharap dia datang tolong pun, tapi aku tak boleh terima yang dia ambil masa sejam juga nak balas mesej aku tu.

"Dan apabila dia balas, benda pertama dia cakap adalah untuk minta tolong aku buatkan assignment dia, seriously? Sikit pun dia tak tanya update tentang kereta aku.

"Dekat situ aku terfikir, dia betul ke sayang aku ni? Kalau tak sayang, aku nak minta putus je, tak nak buang masa dah," kata gadis itu meminta pandangan.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya meminta gadis itu untuk segera meninggalkan teman lelakinya.

"Boyfriend awak tu tak ada common sense, lelaki ni kalau orang yang dia sayang berada dalam kesusahan atau bahaya, dia akan terus bersifat protective.

"Putrajaya ke Ampang tu sejengkal je, boleh sangat sebenarnya boyfriend awak tu nak datang tolong tapi memang dia yang tak nak.

"Kita sebagai wanita, jangan sesekali mudah cair dengan kata-kata manis, tengok pada actions lelaki, hanya itu yang betul boleh percaya," kata sebahagian warga maya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain